Quantcast
Channel: Dunia Farisya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Perkara Yang Perempuan Suka

$
0
0

Perkara Yang Perempuan Suka | Hari ni saya nak lari sedikit dari fokus utama blog ini diwujudkan.Hari ni saya nak berkongsi mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan yang mana lebih kepada apa yang perempuan sebenarnya suka.Mungkin pengisian kali satu perkongsian yang bermain dengan hati dan perasaan dan sedikit jiwang.Kalau anda rasa meluat dengan entri ini atau rasa tidak selesa,dipersilakan untuk tidak meneruskan pembacaan.Tapi saya yakin anda pasti mampu baca sehingga ke penghujung entri ini.

Bila bercerita pasal perempuan,sebenarnya banyak perkara yang lelaki tidak faham atau tidak mengerti apa di sebalik hati kami sehinggalah seorang Adam dan Hawa itu disatukan.Namun walaupun telah disatukan,masih banyak lagi yang perlu seorang lelaki itu perlu belajar mengenai hati seorang wanita.Apa yang perempuan suka dan apa yang perempuan tak suka.Jadi hari ni lebih kepada pengisian mengenai apa yang seorang perempuan itu suka.Jom tengok apa yang perempuan suka.

Perempuan Sukakan Bunga

Hati seorang perempuan tu halus sangat.Ya,memang tidak dapat dinafikan.Biarpun pada zahirnya seorang perempuan tu nampak bengis,kasar dan garang.Tetapi cuba anda (Kaum Adam) hulurkan sejambak bunga Ros Merah dekat si dia.Confirm meleleh cair hati dia.Belum cuba belum tahu.Cuba pikat hati si dia dengan sejambak bunga yang dibeli dengan penuh keikhlasan,insyaAllah si dia akan lembut hati.Dan perempuan ni sebenarnya seorang yang sangat tahu menghargai pemberian dari lelaki.Jangan terkejut kalau ada perempuan yang masih simpan bunga yang layu pemberian dari Kaum Adam.Hebat kan?Oh ya!Saya pun sukakan bunga!

bunga Perkara Yang Perempuan Suka

Perempuan Sukakan Kejutan

Suprise?Ermm..Ada sesetengah perempuan sahaja yang sukakan kejutan.Tapi hampir 90% juga sebenarnya kajian rambang (kajian diri sendiri) perempuan sukakan kejutan.Tapi kalau nak buat suprise tu buatlah sesuatu yang berbaloi dan berfaedah sikit.Jangan buat kejutan yang nonsense!Contoh kejutan yang Kaum Adam boleh buat ialah seperti hantar sejambak bunga dekat tempat kerja dia,bawak dia pergi makan malam di tempat yang romantik sambil hulurkan sekuntum bunga Ros Merah masa tengah-tengah nak makan tu (Oh Sweetnya!) dan beri kejutan di hari jadi dia seperti hantar orang untuk beri hadiah (but lebih sweet kalau beri sendiri).

bunga3 Perkara Yang Perempuan Suka

Perempuan Suka Dengar Lagu Romantik

Jarang nak jumpa perempuan yang suka dengar lagu rock kapak macam yang Kaum Adam suka dengar tu.Sesuai dengan hati yang feminin,perempuan ni gemarkan sesuatu yang berseni dan romantis.Saya sendiri pun macam tu.Kalau tengah-tengah dengar radio,tiba-tiba keluar lagu rock.Hurm,memang spoil mood betul!So,penyelesaian dia,saya dah siapkan satu pendrive yang penuh dengan lagu-lagu romantik dan jiwang.Hehe.Yang ni sebagai peneman halwa telinga ketika berjalan jauh je.Jangan selalu sangat layan perasaan ni.Kadang-kadang je taw.

Perempuan Suka Masak Dan Buat Kek

Haa..Bab masak ni memang Kaum Adam ni suka perhati.Haha.Well,honestly saya sendiri tak suka masak.Masuk dapur pun malas.Tapi itu dulu.Masa kepala tengah dalam dunia remaja cinta monyet la.Tapi sekarang once dah masuk alam 20-an ++,saya sendiri mula sedar dan kena paksa diri sukakan dunia masakan.Lama-kelamaan,korang akan biasa.Korang akan mula suka dan terus menyukainya.Percaya dengan bakat diri sendiri.Ya,memang kita zero pasal masak ni,tapi kita boleh try and error kan?Why not?Your kitchen is your room girls!Hehe.So korang bantai lah masak apa pun janji ianya buat korang suka untuk masak.Dan satu lagi,perempuan suka buat kek dan makan kek.Contohnya macam saya.Yeah!Thats me!Dulu suka makan kek je.Lepas tu rasa macam nak buat sendiri pulak,try google jumpa resipi senang dan buat lepas tu kek menjadi!Wow!Lepas tu terus nak cuba resipi lain pulak.Haha.Betul la orang cakap,tak kenal maka tak cinta.

Perempuan Suka Shopping

Well,shopping is the best therapy for me!Di kala hati tengah gundah gulana study,kerja lagi, for sure perempuan perlukan rehat dan sesuatu yang boleh refreshkan balik fikiran diorang.Dan apa yang kami buat?Shopping!Sounds macam membazir kan?Hey!Kami tahu lagi nak berjimat.Kadang-kadang je datang kepala yang tink-tonk nak shopping.Bukan selalu pun.Jangan ingat perempuan ni semuanya suka membazir.Sometimes,kami lebih pandai berjimat dari lelaki.Opps!So,Kaum Adam kalau nak pujuk si Hawa,tolong la bawak dia pergi shopping walaupun mulut dia cakap ‘Tak Nak’,sebenarnya dia nak.Buat bajet untuk dia shopping dalam RM50-RM200 pun dah okai.No need sampai beriban la.

bunga2 Perkara Yang Perempuan Suka

Perempuan Suka Berjimat

Tadi baru cakap perempuan suka shopping.Tapi sebenarnya perempuan ni juga suka berjimat.Nak-nak bila dia ada komitmen yang lebih penting contohnya macam nak kahwin,nak bayar kereta tiap-tiap bulan,nak bayar sewa rumah lagi.Tapi sebenarnya perempuan ni bila nak kahwin,memang dia akan berjimat sungguh-sungguh.Hee.Masa tu nak makan pun berkira taw!Tapi kalau saya ,saya lebihkan duit untuk makan.Makan is also the best therapy for me!.Lupa nak cakap,bila dah kahwin,duit lelaki bolej jadi hak perempuan,duit perempuan tetap hak perempuan sahaja.Jadi,kaum Adam,please take note!Jangan pandang remeh taw.

Perempuan Suka Makan

Bila dah suka masak,dah tentu la suka makan.Hehe.Secara amnya,perempuan ni suka makan……banyak.Hee.Kekdahnya walaupun perut dah kenyang,tapi hati kata nak jugak.Inilah nafsu makan yang mendorong.Yang ni tak berapa elok dijadikan contoh.Berhenti sebelum kenyang.Tapi salah satu sebab perempuan garang atau bengis waktu pagi adalah perut dia masih kosong (lapar).Jadi silalah bawak si dia makan dulu sebelum korang nak berjalan jauh.Kan nanti ada yang kena tinggal tepi jalan.Hehe

bunga1 Perkara Yang Perempuan Suka

Well done!Rasanya itu je yang saya mampu ingat apa yang perempuan suka.Untuk kaum Adam,korang boleh guna idea yang saya beri kat atas tadi untuk pujuk atau tawan balik hati seorang perempuan.Put your trust in Allah but with your own work.Kalau tak usaha,tapi doa dah bertimbun tak guna jugak.Usaha dan praktikkan ye?Promise?

Okai.Selamat Mencuba! :)

 

The post Perkara Yang Perempuan Suka appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.