Quantcast
Channel: Dunia Farisya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi

$
0
0

Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi | Tengah-tengah malam macam ni,rajin pulak rasa nak menulis sebab kepala dah segar baru lepas mandi.Balik dari seminar di Setia Alam petang tadi,terus terlena sebab letih sangat seharian di luar.Dapat la juga satu sachet “ole-ole” dari Kak Tuty Rahiza.Sempat je dia selit bagi kita satu sachet Cinch Tea,iaitu produk minuman yang memberi tenaga yang kuat kepada tubuh badan.

Sebenarnya nak kongsi sesuatu dengan semua pembaca mengenai sikap penjual online yang tidak patut dicontohi.Seriusly annoying gila.Kenapa annoying?Just take a look at this picture.

cinch tea shaklee Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi

 

Seriusly rasa nak marah tahap gila lagi tinggi dari KLCC tu.Tapi nasib baik sempat cool down sebab fikir secara rasional dan kita buat andaian mungkin “Si Anonymous” ni tak tahu etika sebagai seorang penjual online yang baik.Fikir baik-baik sudah.Tapi setidaknya si online seller kenalah fikir secara rasional jugak.Beradab ke masuk kedai orang,terus promote barang sendiri?Lagi kesian kalau dia komen di artikel yang dibayar oleh klient saya untuk mempromosikan produk mereka di blog.Mereka bayar bukan dengan nilai seringgit dua.Tapi dengan nilaian yang mana boleh belanja 30 orang makan besar dekat Warong Rojak Ayam Sedap dekat tepi longkang besar tu.Kalau korang Online Seller,please think rasionally.Saya online seller juga,tapi tak ada sampai guna “cara busuk” macam ni.Kalau tak tahu sangat nak promote barang tu macam mana,boleh suruh saya promote dekat blog.Masa ni nak “WhatApp atau PM laju-laju” pun tak pe.Boleh hubungi saya di :

Facebook:Farisya Anastasyia [KLIK]
WhatsApp : 014 5121425

“tu la..dulu aku suruh pergi belajar buat blog tak nak.Sombong tak bertempat.Setidaknya ko dah pandai buat artikel SEO untuk jual produk ko ni.Tak perlu sampai nak ceroboh rumah orang lain”

Nak Belajar Buat Artikel SEO? [KLIK]

Ini bukan kali pertama jumpa komen sebegini rupa.Tapi dah banyak kali dan sudah sampai masanya untuk saya sendiri beri peringatan.Kalau dalam sehari tu ada 3-10 komen sahaja yang masuk,tak ada masalah nak buat penapisan komen ni.Tapi kalau dalam sehari tu 30-40 komen yang masuk?Tak ke jenuh nak cek satu persatu kan?Ini kejadian di blog.Bagaimana pula dengan mereka yang terkenal dengan “Visit My Ig” , “Saya Jual….” di laman Instagram?

visit my i Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi

Ada jugak jenis macam ni…

Yang ni pulak jenis komen manis dulu kemudian pergi tinggal komen nak promote barang dia.Amboi Cik Kak.Tak elok buat macam ni.Tak baik amik kesempatan macam ni.Kadang-kadang nak baca komen dekat akaun Instagram pun rasa malas sebab banyak sangat “Visit My Ig” .

visit my ig Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi

Amboi Cik Adik,nak suruh WhatsApp “laju-laju” tu laju mana?

Kalau yang macam ni pulak lagi tak beradab.Ni salah satu punca kenapa bisnes tak naik-naik sebab cara nak kita nak kembangkan bisnes tu tak berkat,Ibarat kata kita masuk kedai orang tak bagi salam.Lepas tu sesuka hati pergi promote barang kita dekat dalam customer dalam kedai tu.Tolonglah prihatin sikit dengan Online Seller lain yang dah berhabis ribuan ringgit untuk bayar servis Review Ig dekat artis.Ingat duit beribu tu macam RM1 ke?Diorang berpeluh-epluh kumpul duit nak bayar servis Review Ig,korang pulak sesuka hati je “ceroboh” rumah diorag.Tolonglah hormat sikit.Really annoying.

visit my ig2 Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi

Kesian pulak dekat yang bayar review berbayar ni.

Kadang-kadang sampaikan Owner Ig Shop yang direview tu kena “bash” sendiri “Online Seller yang beretika”.Sekali dua boleh la diorang nak tegur semua kan?Tapi kalau banyak kali?Penat la diorang nak block korang semua yang sangat “beretika” ni.Sebelum nak komen “Visit My IG” dekat akaun Instagram orang lain,tolong fikir macam mana kalau ada orang lain buat macam tu dekat Instagram kita?Suka tak?Mesti rasa marah gila tahap nak caci maki semua kan?Haaa.Tahu pun nak marah kalau kena atas batang hidung sendiri.Kita buat dekat orang lain tak pe pulak?

Penat jugak membebel dekat blog tengah-tengah malam macam ni.Kadang-kadang membebel untuk kebaikan tu tak pe.Hehe.Sampai lapar pulak dibuatnya sebab khusyuk sangat kan?Yang penting,buang yang keruh ambil yang jernih.Bukannya kita tak boleh nak buat dengan lebih baik,cumanya ada satu dinding dalam diri kita yang menghalang kita untuk berubah.Jadi mulai hari ni,ubahlah sikap kita sebagai Online Seller yang lebih beretika.Gunakan saluran dan medium yang betul untuk mempromosikan barang anda.Antaranya dengan meletakkan banner iklan di blog yang mempunyai rating pembaca yang ramai dan mengambil servis Artikel Berbayar dengan blogger yang anda berkenan.Kalau berkenan dengan cara penulisan saya yang “agak pedas” ni bolehlah hubungi saya nanti..Saya tak mampu nak menolak rayuan abang dan kakak yang handsome dan cantik untuk beriklan di blog saya.Saya terima dengan hati terbuka.Hehe.

Okai?Dah boleh sambung tidur.

Selamat Malam!

 

The post Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362