Quantcast
Channel: Dunia Farisya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

$
0
0

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan | Sebut pasal Shaklee,buat saya teringat satu kenangan pahit masa sekolah rendah dahulu.Mana tidaknya disebabkan kenangan pahit itu,saya kini fobia untuk mengambil vitamin yang perlu ditelan.Kalau vitamin yang perlu dikemam sahaja,itu tidak mengapa.Tapi kalau diberi tablet yang perlu ditelan,memang saya lari lintang-pukang tak nak makan.Hehe

Dahulu ummi dan abah saya adalah pengedar sah Shaklee.Tetapi disebabkan kekangan masa dan kerja yang tidak menentu,abah dan ummi kini tidak begitu aktif dengan Shaklee.tetapi masih lagi menggunakan produk Shaklee.Nak dijadikan cerita,semasa saya di sekolah rendah,ummi bersungguh-sungguh suruh kami adik beradik makan Vitamin B-Complex Shaklee ni.Kata mereka,Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.Masa tu saya dah geli tekak nak menelan Vitamin B-Complex ni.

Bau Vitamin B-Complex ni memang cukup ‘menusuk hidung’ bagi yang kurang gemarkan ubat-ubatan.Saya dari jauh lagi dah tak tahan dengan bau dia.Tapi adik-beradik saya yang lain mengatakan ianya adalah normal.Saiz Vitamin B-Complex ni juga “boleh tahan besar” juga.Hehe.Sampai saya terpaksa potong dua dengan pisau.

VITAMIN SHAKLEE BAGUS UNTUK KESIHATAN1 691x1024 Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Nak boleh ke telan?Berjam lamanya.Habis daya saya mencari helah nak telan vitamin ni.

Balut dengan roti sudah.

Kacau dalam air sudah.

Letak hujung lidah sudah

Makan dengan nasi sudah.

Tetapi semuanya tidak berhasil.Keluar balik dari anak tekak ni.Memang degil betul tekak saya ni sampai tak boleh nak terima.Malah sampai saya kena marah teruk oleh ummi saya dek kerana gagal menelan Vitamin B-Complex ni.Masa tu perang jiwa dan perasaan betul.Haha.

VITAMIN SHAKLEE BAGUS UNTUK KESIHATAN Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Apa Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee?

Lebih 5 blog saya dah baca pasal Vitamin B-Complex Shaklee ni.Tapi hanya satu blog sahaja yang saya faham penerangannya kerana jelas dan terang.Saya tahu korang mesti berkobar-kobar nak tahu apa kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee ni kan?Hehe.

VITAMIN SHAKLEE BAGUS UNTUK KESIHATAN Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.

Banyak kan kebaikkan dan kelebihan Vitamin B-Complex ni?Padanlah ummi bersungguh nak saya makan Vitamin B-Complex ni.Hehe.Sampai meraung siang malam nak boleh ke telan sebiji vitamin Shaklee ni.Seriau sungguh.

Kesudahan dia?Saya boleh telan ke tidak Vitamin B-Complex ni?

Ya.Saya boleh.Macam mana?

Saya potong kecik-kecik,kemudian saya larutkan ke dalam air.Kemudian saya minum sambil menutup hidung kerana rasa dia yang pahit sampai ke kepala saya.Hehe.

Degil kan saya?Memang degil kalau nak makan ubat biji ni.Memang susah betul Kalau ubat air,boleh tahan sikit.Masalahnya ubat air dos dia tak sama dengan ubat biji.Tu yang susah sikit.

Bila diingat balik kisah ni,tersenyum sendiri pulak.Hehehe.

==================================================================================================

Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.

Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.

Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.

Dapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin (Seremban).

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan produk Shaklee dan merasai kesannya.

Anda Bila Lagi?

Oh Ya. Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.

The post Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan appeared first on .


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.