Pulut Mangga Sedap Di Kuala Lumpur | Entri kali ni memang akan buat korang meleleh air sambil menghentakkan jari di atas keyboard komputer.Hehe.Maaf deh.Jangan marah jangan sentap sebab saya dah lama nak kongsi dengan pembaca di mana tempat yang menjual Pulut Mangga yang sedap di area Kuala Lumpur ni.
Restoran ni mungkin ramai yang sudah terbiasa.Tapi kalau orang luar mesti tak pernah datang lagi dan belum mengenali secara dekat.Lokasinya bertempat di Suraya Seafood Kampung Baru,Kuala Lumpur.Saya pernah cerita pasal Suraya Seafood ni dalam entri Somtam Sedap Di Kampung Baru [KLIK UNTUK BACA]
Kedai ni memang ‘laku keras’ la Pulut Mangga dia.Sampai boleh buat pelanggan menangis kalau dah habis.
Ya.Serius tak tipu.Sepanjang hidup saya,tak pernah lagi saya makan pulut mangga sesedap di Suraya Seafood ni.
Perasaan dia kalau time kita kempunan tak dapat makan pulut mangga Suraya Seafood ni,rasanya nak mengamuk macam zaman kecik-kecik dulu.Sambil hentak kaki,muncung mulut 10 inci sampai semut boleh meniti atas mulut tu.Haish! =,=”
Sebenarnya kalau nak cerita panjang pun tak syok sebab korang hanya membaca sahaja nanti.Kalau boleh,korang kena CUBA!Pendek kata WAJIB CUBA kalau datang ke Kampung Baru ni.Confirm korang tak akan balik dengan perasaan yang hampa.
Tapi diingatkan untuk DATANG AWAL selepas MAGHRIB sebab sebelum pukul 9 malam macam tu,pulut mangga dia dah habis.Kalau dah rezeki korang,mungkin selepas 9 malam tu ada lagi.Tapi kebiasaanya memang 9 malam ke atas,jangan bermimpi nak makan pulut mangga dia lagi.Sebab masa tu dah habis.Korang pergi buat muka seposen dekat makcik pulut mangga pun tak ada gunanya dah.Even korang kempunan tahap mak buyong sekalipun.
Dah.Layan gambar ni dulu.
Terliur ke tidak tengok gambarnya?Hehe.Satu pinggan pulut mangga ni harganya RM5 sahaja.
Sebenarnya dulu saya pun jakun bila orang dah sebut pasal Pulut Mangga ni.Dulu yang saya tahu hanya Pulut Durian,Cendol Pulut Tapai,Pulut Nyior,dan Pulut Hitam.Tapi bila nampak ada orang post pasal pulut mangga ni,terus terliur nak cuba.Jawabnya sampai sekarang melekat minat dekat pulut mangga ni.Biasanya saya dengar mak buyong ramai suka ni.Hehe
Haa.Layan lagi ni.
Ada satu malam tu saya frust yang teramat sebab datang lewat nak kejar pulut mangga ni.Masa tu dah berapa hari duk sebut nak makan pulut mangga.Mengidam dia tahap kalah mak buyong taw.Hehe.Nak tak nak malam tu saya cari jugak.Gigih search dekat Google kedai Pulut Mangga sedap area Kuala Lumpur.Ada terjumpa satu dua kedai yang dekat dengan Suraya Seafood.Tapi tak setanding Suraya Seafood la.Hehe
Selain Suraya Seafood,sekitar Kampung Baru ni,Restoran Lala Seafood pun ada menyediakan pulut mangga.Boleh tahan sedap jugak.Tapi saya lebih gemarkan pulut mangga di Suraya Seafood.Bagi saya,elemen yang menjadikan pulut mangga itu sedap adalah pulut dan kelikatan santan dia.Kalau pulut sedap,santan cair maka kelaut juga pulut mangganya.
Komen mengalahkan Chef Wan sekejap.Hehehe
Ok dah.Kalau rasa terliur,malam ni lepas habis kerja terus pecut kereta pergi Suraya Seafood ye?Search sahaja di Waze “Suraya Seafood Kampung Baru”.Kalau tak ada Waze,pergi je ke Kampung Baru tu,cari kedai yang ramai orang.Kedai dia memang ramai giler sampai kena berdiri tunggu turn nak meja.Jadi sangat mudah kalau nak cam kedai dia.
Okai.Selamat mencuba!
The post Pulut Mangga Sedap Di Kuala Lumpur appeared first on .