RIZQ Islamic School Sekolah Tahfiz Premium Di Kajang | Assalamualaikum semua pembaca blog Amni.Hari ni Amni nak share pengalaman Amni melawat sekolah tahfiz premium di Kajang pada tempoh hari iaitu RIZQ ISLAMIC SCHOOL.Bertempat di No. 2, Lot 1456, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, Kg. Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Malaysia.RIZQ mula ditubuhkan pada tahun 2016.Tahun ni merupakan tahun pertama mereka beroperasi dengan kapasiti pelajar mencecah hampir 251 orang. RIZQ Islamic School (RIS) Sekolah Tahfiz Terbaik Di Kajang Secara umumnya yang Amni nampak,ada dua jenis sesi persekolahan di sini iaitu pra-sekolah dan sekolah rendah.Jadi bagi mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak ke sini,bolehlah mula usha dari pra-sekolah lagi.Hehe. Masa mula-mula sampai di perkarangan sekolah,langsung tak dengar suara budak bertempiaran berlari,buat bising di koridor.Tak seperti sekolah kebangsaan lain.Hehe.Begitu berdisiplin. Sekolah tahfiz ni bukan sembarangan boleh masuk taw.Kena lapor diri di pondok pengawal dan tinggalkan kad pengenalan/lesen sebelum diberi pas pelawat.Setiap pintu yang berada di bangunan sekolah ni juga dilengkapi dengan akses kod keselamatan.Jadi bakal ibu bapa yang berhasrat untuk hantar anak ke sini,tidak perlu risau akan tahap keselamatan di sekolah ini. Sekolah Tahfiz Aplikasikan Methodology Finland Dan Japanase Di RIS,para pelajar akan di ajar menggunakan teknik pembelajaran Finland iaitu pendekatan melalui play-based,imaginasi dan […]
The post RIZQ Islamic School Sekolah Tahfiz Premium Di Kajang appeared first on Dunia Farisya.