Cara Bukak Akaun Company Untuk Bank Maybank Assalamualaikum ❤ Berbulan lamanya taw Amni peram.Dah lama nak share dekat korang macam mana nak bukak akaun company bagi bank Maybank.Amni tahu yang Maybank sahaja.Kalau CIMB Amni tak tahu macam mana. So far memang Amni love sangat dengan Maybank sebab dia universal dan interface dia mudah difahami.Cara-cara nak apply dekat Maybank pun senang sikit bagi Amni berbanding bank lain.hehehe. Ok jom teruskan membaca Cara Buka Akaun Company Maybank Dengan Mudah 1-Pergi Ke Cawangan Maybank Berdekatan Dengan Alamat Yang Daftar Dalam SSM Sebabnya haritu masa Amni nak bukak akaun company mula-mula,Maybank Bandar Sri Permaisuri tak nak ambil sebab alamat perniagaan Amni daftarkan dalam SSM adalah Taman Midah.Jadi segala urusan kena pergi ke Maybank Taman Midah.So ini berdasarkan pengalaman Amni la ya. Lebih bagus pergi yang dekat dan senang untuk ulang alik sebab apa-apa hal senang nak rujuk.Tak yah nak mengharung jem bagai kan. 2-Beritahu Pegawai Khidmat Pelanggan Nak Bukak Akaun Company Masa ni pegawai khidmat pelanggan akan bagi nombor sebelum kita proceed ke next kaunter.Sebab masa di kaunter barulah pegawai seterusnya akan berikan borang yang sepatutnya untuk kita bukak akaun company. 3-Isi Borang Yang Diberikan Kalau korang pergi pagi atau korang dah sedia bawak kawan […]
The post Cara Buka Akaun Company Untuk Bank Maybank appeared first on Dunia Farisya.