Muslim Volunteer Malaysia NGO Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria Assalamualaikum ❤ Di pagi hari ni,Amni suka untuk ajak pembaca blog Amni untuk buat refleksi diri.Amni paling suka waktu pagi sebab inilah waktu paling sesuai di mana masa ni minda kita fresh dari segala-galanya.Refleksi diri boleh dikatakan seperti muhasabah diri la. Jadi sempena Ramadhan yang mulia ni,tak salah untuk kita sama-sama muhasabah diri kita.Dan selalulah ingat bahawa tak akan pernah terlewat untuk kita bertaubat dari dosa kita selama ni.Kita muhasabah sama-sama ya? Sambil jari jemari ni menulis,Amni dengar lagu Debu-Debu Dosa dendangan Hijjaz.Allah sumpah jatuh air mata ni bila kita hayati bait-bait lirik lagu dia 😭😭 Banyaknya dosa kita bila diingat balik. Dalam hidup kita ni,sebenarnya memang kita susah nak istiqamah (secara berterusan) untuk buat sesuatu kebaikan tu.Mesti ada satu-satu masa kita akan skip dari buat kebaikan tu disebabkan kekangan masa atau sebagainya. Tapi sejujurnya Amni sangat salute dengan team Muslim Volunteer Malaysia yang berterusan menghulurkan bantuan kepada saudara seislam kita di Syria tu.Andai Allah beri kesempatan untuk Amni buat kebaikan seperti mereka,Amni nak sangat-sangat join mereka.Sebab apa,sebab Amni takut nanti kalau Allah tanya apa yang kita dah buat untuk saudara seislam kita,Amni tak boleh jawab 😭😭 (lap air mata jap) […]
The post Muslim Volunteer Malaysia NGO Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria appeared first on Dunia Farisya.