Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu | Mungkin ramai tak tahu kat mana nak dapatkan makanan western yang sedap di Kuala Terengganu kan?Kali ni FA nak kongsikan dengan semua sebuah restoran yang menyajikan makanan Western Sedap di Kuala Terengganu.Mungkin restoran ini boleh dikategorikan sebagai tempat makan sedap di Kuala Terengganu.Siapa tahu?
Restoran Tappers mungkin dah familiar dengan korang yang biasa jenguk restoran di area KL dan Selangor sebab restoran ni mempunyai banyak cawangan dan di pantai Timur,hanya Kuala Terengganu sahaja baru mempunyai restoran Tappers ni.Berkonsepkan moden barat,suasana dalam restoran ni memang romantik bagi mereka yang sukakan ketenangan ketika menjamu selera.FA pun dah jatuh hati dengan rekaan dalaman restoran ni waktu pertama kali menjejakkan kaki ke sini.
Dah nama pun macam barat,sah-sah la makanan barat yang majoriti disediakan di sini.More photos,less talk.Jom layan gambar-gambar menarik dari FA. *erkk menarik ke?*
Untuk Honey French Toast ni,FA memang addicted giler dengan yang ni.Sedap tak terkata.Makan roti ni saje pun dah kenyang.Hehehe.
Seriusly FA cakap,makanan dia boleh makan untuk dua orang.Banyak sangat sampai FA sendiri tak habis makan.Padahal FA ni memang jenis makan banyak dah.Hehe.
Credit Gambar:tappers.com.my
Spagethi Cream Carbonara ni boleh makan untuk dua orang sebab banyak weh.Bukan senang nak habiskan ni.Kalau korang nak datang Tappers,pastikan perut korang betul-betul lapar yer.Hehe.
Harga?Boleh tahan sebab standard makanan barat memang macam tu harga dia.Tambah-tambah sekarang dah ada GST kan?Hehe.Tapi affordable okai.Jangan risau.Korang takkan menyesal bayar sebab makanan kat restoran Tappers Kuala Terengganu ni memang sedap dan berbaloi-baloi.Hee.
Bagi korang yang datang Kuala Terengganu dan masih tercari-cari makanan western sedap di Kuala Terengganu,boleh singgah di Restoran Tappers ni.Rujuk alamat di bawah.
Tappers
No. 73 (Double Frontage)
Jalan Bandar
20100 Kuala Terengganu
Tel:09 620 5096
Daily 9 AM – 11 PM