Makanan Tengahari Sedap Di Kuala Terengganu | Kalau nak cerita bab makanan,FA memang susah nak lupa.Suka sangat share dengan pembaca tempat makan yang sedap di Terengganu ni.Bukan niat nak menunjuk-nunjuk apa yang kita makan,tapi sekadar nak berkongsi.Tapi hari ni nak cerita mengenai restoran yang menyediakan makanan tengahari sedap di Kuala Terengganu iaitu di Restoran Bintang Laut,Sumai Hotel Apartment.
FA ada cerita mengenai Ikan Bakar yang sedap di Restoran Bintang Laut ni dalam entri INI.Korang boleh baca.Ikan Bakar dia memang meleleh.Korang kena cuba.Tapi selain Ikan Bakar,ada banyak lagi makanan yang sedap di Restoran Bintang Laut ni.Memang tak menyesal kalau datang sini.Boleh kata Restoran Bintang Laut ni pilihan kedua untuk FA makan selepas rumah sendiri.Haha.Nampak tak kehebatan Restoran Bintang Laut ni?Hehe.
Ok.Kali ni FA makan makanan melayu yang sedap sangat bagi FA.Dimasak oleh Chef yang berpengalaman.Dengan suasana yang tenang tanpa sebarang gangguan,memang tak menyesal la datang sini ! Meh tengok gambar di bawah.
Ikan Masak Asam ni sedap sangat!FA memang boleh go-on dengan rasa dia.Hampir 98% nak sama dengan air tangan ummi FA.hehe.Sedap tak terkata.Tak pedas sangat.Tapi semua orang especially yang tak boleh makan pedas boleh makan Ikan Masak Asam ni.
Daging Black Pepper dia pulak memang secukup rasa!FA tambah 3 kali.Hehe.Sedap weh!Memang kena dengan hidangan lain.Kalau korang nak makan dengan Daging Black Pepper ni sahaja pun dah cukup kenyang.Sedapnya sampai teringat-ingat ke hari ni.Hehe
Telur Dadar dia pulak simple and nice!Tak masin ,secukup rasa!Kadang-kadang ada jugak kedai yang masak Telur Dadar masin ‘pekak’ *terengganu* .Hehe.Sampaikan dah makan dengan nasi pun masih lagi masin.Tapi Telur Dadar di Restoran Bintang Laut ni sedap weh..!
Yang ni pulak Ayam Sambal Berlada.Memang umphh!!Kalau korang nak masak sendiri pun,FA rasa takkan dapat sesedap masakan Chef ni.Ayam Sambal Berlada air tangan Chef di Restoran Bintang Laut ni memang sedap!FA memang suka sangat!Pendek kata kalau korang nak rasa keenakan masakan Chef Restoran Bintang Laut,korang kena datang sini.Berbaloi-baloi!Hehe
Sayur Campur dia pekat melikat.Memang enak kalau makan dengan nasi.Tak cukup pulak hari tu.Hehe.Dengan ditambah pulak dengan hidangan kat atas tu,memang ummmphhhh!!Hehehe.
So,kalau korang terliur nak datang ke Restoran Bintang Laut,Sumai Hotel Apartment ni,korang boleh singgah di alamat berikut:
Restoran Bintang Laut
Sumai Hotel Apartment
Lot 4479 Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Telefon untuk sebarang tempahan:014 5243941(Pn Noor)
p/s:Harga berpatutan dan dijamin korang akan berpuas hati :) Tak mahal pun aihh.Hehe