Gaya Hidup Sihat Bersama Susu Soya Hitam Yeo’s | Kenapa Yeo’s?Kenapa bukan jenama lain seperti Marigold,Drinho atau Dutch Lady?Mesti korang tertanya-tanya bukan?FA nekad memilih Yeo’s sebagai Gaya Hidup Sihat FA sendiri kerana disebabkan satu peristiwa yang meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi pengajaran yang amat berguna kepada diri FA.Jom sama-sama baca.
Peristiwa Pahit
Pernah tak korang mengalami keadaan dimana korang mengalami keracunan makanan sebab minum susu kotak yang melebihi tarikh luput?Tahu tak macam mana keadaan perut korang yang meroyan tak tentu pasal tu?Hehe.Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu dan faham macam mana perasaan FA masa tu.Disebabkan peristiwa tersalah minum susu kotak tamat tempoh inilah yang membuatkan FA sentiasa berjaga-jaga sepanjang pembelian apa jenis barangan sekalipun.
Cerita dia macam ni.Cerita pendek je ni.Bukan ayat karangan yer.Hehe.
Kejadian ni berlaku lebih kurang dua bulan lepas.FA singgah di sebuah pasaraya untuk window shopping sambil beli barang dapur.Memang dah rutin kami satu keluarga akan beli satu pek air kotak jenama ‘M’.Jenama ‘M’ ni memang dah sebati dengan keluarga kami.
Dalam sibuk memilih barangan lain,FA ternampak barangan jenama Yeo’s yang terdiri dari pelbagai rangkaian produk seperti makanan dalam tin,mee Cintan,sos dan minuman ringan.Tapi FA buat tak endah je masa tu sebab dah ‘angkat’ air kotak jenama ‘M’ tu haa.
Dalam hati FA masa tu:
….banyak jugak produk Yeo’s ni keluarkan ek.Macam-macam.Dah cukup lengkap macam jenama ‘A’ tu…
Kata hati dibiarkan macam tu je.Terus pergi bayar barangan yang dibeli dekat kaunter.Sebenarnya masa tu tangan FA ni rasa ringan jugak nak ambik barangan Yeo’s tu.Tapi lupakan dulu sebab dah banyak beli.
Sampai di rumah,terus bukak air kotak jenama ‘M’ tu sebab dah haus sangat kan beli barang-barang rumah time matahari duk atas kepala.Dengan perasaan terburu-buru,habis satu kotak air tu dalam masa satu minit.*nak bernafas pun tak sempat*.Lepas setengah jam kemudian,tiba-tiba perut FA memainkan lagu yang sangat rancak sampai terbaring menahan ‘kerancakannya’ tu.
…..satu jam kemudian …
Terpaksa akur untuk berulang-alik ke tandas dalam masa sehari tu.Siksanya dan letihnya hanya tuan badan je boleh rasa.Masa tu memang dah syak sebab apa boleh jadi macam tu.Pergi tengok balik dekat air kotak tu.Memang sentap habis la kan!Tamat tempoh rupanya!Dah seminggu kot tarikh dia dah luput.Takkanla pihak pengurusan Pasaraya tak asingkan atau ‘angkut’ stok tu awal-awal.Tapi salah FA jugak sebab ‘gelojoh’ sangat masa nak beli tu.Masa duk bebel sorang diri,teringat dekat produk Yeo’s.Kalau FA beli produk Yeo’s,mesti tak jadi macam ni sebab FA dengar orang cakap produk Yeo’s ni produk yang diyakini dan selamat diminum bila-bila masa memandangkan mereka sentiasa up-to-date dengan produk mereka.Kualiti produk mereka sentiasa terjamin.
Dan betullah orang tua-tua cakap,’kata hati’ pertama selalunya betul dan tepat.Sebab masa kat Pasaraya hari tu,memang FA terdetik nak beli produk Yeo’s dah,tapi tiba-tiba bertukar angin nak jugak beli jenama ‘M’ tu.Kan dah kena batang hidung sendiri.*lain kali kena dengar cakap orang tua-tua*. –’
Gaya Hidup FA Berubah dengan Yeo’s
Next weeknya FA pergi lagi Pasaraya untuk beli barang sikit.Macam biasa,air kotak mesti wajib beli.Tapi kali ni FA nekadkan hati untuk beli jugak air kotak Yeo’s.Hehe.Tapi bukan air kotak je FA angkut,Mee Cintan Yeo’s pun angkut sama.Boleh buat bekal makan time ‘semput’.Hehe.Dan favourite jem roti FA iaitu Kaya Yeo’s memang wajib la beli.Jem roti Kaya Yeo’s memang dah jadi jem roti favourite family FA sejak turun-temurun lagi sebab jem dia lain dari yang lain taw.Apa yang lain?Tu korang kena beli dulu,baru tahu macam mana rasa dia.
Nak tahu apa produk Yeo’s yang paling FA suka?Tengok bawah ni.
Kenapa FA suka Susu Soya Hitam Yeo’s?
Banyak sebab FA suka minum Susu Soya Hitam Yeo’s ni dan ternyata memang Susu Soya Hitam Yeo’s mampu mempengaruhi gaya hidup FA ke arah lebih sihat dan padu.Kalau dulu FA suka jenama ‘M’ sebab design kotak dia je yang cantik.Hehe.Ingatkan design lawa,airnya sedaplah.Tapi rupanya indah khabar dari rupa.Serik dengan ‘kejadian’ lama tu.Meh tengok sebab kenapa FA suka Susu Soya Hitam:
- Tanpa Pengawet-Ni paling penting sebab kalau ada pengawet boleh effect ke buah pinggang kita.So beware semua.Pilih dengan tepat.
- Rasa Soya Sejati-Tanpa rasa yang sejati,FA takkan ada ‘feel’ untuk minum air ni.Hehe.
- Jenama yang diyakini-Kalau korang nak tahu,Yeo’s dah bertapak dalam industri perniagaan sejak tahun 1900 bermula dengan pembuatan Sos Soya di China.
- Kaya dengan protein-Protein ni banyak kelebihan dia.Boleh kurangkan kolestrol.Jangan ingat orang kurus kolestrol rendah.
- AntiOksidan-Buat FA makin muda dan rambut FA makin sihat.Dulu banyak rambut gugur.*dah macam orang tua*.Sejak minum Susu Soya Hitam ni rambut dah tak gugur.Hebat dak?Hehe
- Mengurangkan risiko Penyakit Jantung-FA amalkan ambil makanan rendah lemak dengan soya.Jadi dalam masa yang sama,FA still boleh menikmati minuman kegemaran FA sambil amalkan gaya hidup sihat.
- Halal dan Buatan Malaysia-Yang ni paling penting.Sokong barangan Malaysia dan yang halal itu wajib.
- Dibeli dengan penuh kasih sayang-Waktu membeli dan nak memilih tu,hati kena ikhlas.Kalau tak,korang beli je barang ape pun,kalau tak ikhlas,tak sedap jugak.Hehe
- Sebab terakhir kerana ianya YEO’S-Yakin Enak Original Sedap !
…FA,saya dah minum air jenama ‘X’ bertahun dah.Elok je sihat ni..Tapi teringin nak bertukar ke jenama Yeo’s jugak.Cuma macam tak yakin je…
Macam mana nak jadikan Yeo’s sebagai langkah untuk Gaya Hidup Sihat Anda?
Mesti korang dah ada produk pilihan sejak turun-temurun kan?Dan mesti korang susah nak percaya produk lain kan?Haa..apa kata kalau korang cuba lakukan perubahan kali ni.Beranikan diri untuk cuba produk yang mampu memberi gaya hidup yang lebih sihat kepada korang.Dan semestinya hanya Yeo’s sahaja yang boleh berikan gaya hidup tersebut memandangkan Yeo’s mempunyai rangkaian produk yang berlainan.
Korang mesti beranikan diri untuk membuat pilihan yang lebih bijak dalam menentukan gaya hidup korang sekarang adalah gaya hidup yang sihat.Korang dah baca cerita FA kan kat atas tadi?Haa.Kalau FA mampu berubah demi kebaikan diri FA dan keluarga FA dengan berubah memilih rangkaian produk Yeo’s,takkanlah korang tak boleh.Cuba dahulu,jangan mengeluh.Kalau korang dah cuba,mesti korang akan jatuh cinta.Tak kenal,maka tak cinta.Tak gitu?Kalau korang masih tak puas hati dengan penerangan FA,korang boleh singgah di akaun media sosial Yeo’s seperti berikut:
-
Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
- Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
- Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
- Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
-
YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia
Dah terlebih panjang pulak bebelan entri kali ni.Tapi tak pe,disebabkan FA nak ajak semua pembaca blog FA ke arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat Bersama Yeo’s,FA sanggup karang entri panjang ‘sikit’.Hehe.Bertindak dari sekarang untuk kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang.Ubah pilihan produk anda sekarang.Kesihatan itu tidak ternilai sekalipun dibandingkan dengan jutaan wang ringgit.Kesihatan tidak boleh dibeli.Jadi anda patut ambil langkah yang lebih bijak dengan bertukar membeli rangkaian produk dari Yeo’s.
Terima Kasih sudi baca sampai habis.Kalau anda rasakan entri ini memberi manfaat,silakan LIKE,SHARE,G+ dan TWEET entri ini SEBANYAK MUNGKIN. :)
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.