Riadah Sambil Beramal Dengan Kevin Zahri | Kenal tak siapa Kevin Zahri?FA pun baru kenal sebenarnya.Tapi dulu pernah dengar mengenai beliau yang menerbitkan Ebook Panduan Kurangkan 5kg Dalam Masa 5 Minggu.Kali ni Kevin Zahri nak ajak korang semua untuk sama-sama beriadah sambil beramal (Rose2Rose Walk For Humanity) dengan beliau di Padang Merbok,Kuala Lumpur pada 16 Mac 2014 ini.
Program Rose2Rose Walk For Humanity ini merupakan salah satu program kemanusiaan dan kebajikan Aqsa Syarif Berhad bagi mensasarkan kutipan dana sebanyak 1.5 juta untuk diagihkan kepada setiap negara iaitu Palestin,Syria dan Rohingya.Rose2Rose Walk For Humanity ini merupakan anjuran bersama Aqsa Syarif Berhad,Ikram 4 Syria dan Sekretariat Rose2Rose.Pihak Penganjur mensasarkan penyertaan seramai 2.000 orang peserta bagi program ini.
Maklumat Lanjut Program:
Tarikh:16 Mac 2014(Ahad)
Lokasi:Padang Merbok,Kuala Lumpur
Tema Walkathon:’Walk For Humanity’
Duta Kesihatan:Kevin Zahri
OFFICIAL FB PAGE: https://www.facebook.com/myrose2rose
EVENT FB: https://www.facebook.com/events/1418416978403669/
WEBSITE: http://aqsasyarif.org.my/
INSTAGRAM: @rose2roseofficial
HASHTAG: #walk4humanity
BORANG PENDAFTARAN: http://bit.ly/r2rwfh-form
Kalau korang tak dapat menghadirkan diri,sumbangan berbentuk wang juga diterima.Salurkan sumbangan anda ke butiran akaun berikut:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 5515 7500 4299
CIMB : 1216 0000 452101
Semoga misi dan usaha pihak penganjur diredhai Allah dan mencapai sasarannya.InsyaAllah.Sama-sama berdoa untuk saudara kita di sana.
Amin..
The post Riadah Sambil Beramal Dengan Kevin Zahri appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.