Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Teringin Jejakkan Kaki Ke Kemboja

Teringin Jejakkan Kaki Ke Kemboja| Ye,FA teringin nak pergi Kemboja.Kenapa?Banyak sebabnya.Unik.Islamik.Tersendiri.Itulah ungkapan yang FA rasa sejujurnya wajar diberikan kepada Kemboja.Melalui pembacaan di blog Kak Kujie,FA dapat tahu serba sedikit mengenai Kemboja walaupun belum pernah berpeluang untuk menjejaki ke sana.InsyaAllah,satu hari nanti..

Apa Yang Best Di Kemboja?

Kemboja adalah sebuah negara yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri,mengamalkan sistem raja berpelembagaan yang diketuai oleh raja Norodom Sihamoni dan dibantu oleh Perdana Menteri Hun Sen.Teringin sekali untuk menjejakkan kaki ke perkampungan Islam di sana iaitu di Choy Metry.Melihat sendiri bagaimana corak kehidupan di sana.Di sana juga dikhabarkan lebih maju dari Malaysia walaupun tiada pembangunan pesat.Capaian Internet di sana juga lebih laju dan luas berbanding di tempat kita sendiri.

Uniknya Kemboja adalah rumah setiap penduduk di sepanjang jalan raya. Tak ada kampung yang jauh dari jalan raya. Sepanjang jalan kita akan melihat deretan rumah penduduk diselang seli dengan sawah.-Kujie2.com

Image may be NSFW.
Clik here to view.
kemboja Teringin Jejakkan Kaki Ke Kemboja

Perumahan Penduduk Kampung Di Kemboja

Bandar Pnom Penh.Tiada pembangunan pesat mahupun bangunan pencakar langit.Tetapi masyarakat di situ khabarnya juga mengamalkan sistem bertolak-ansur.Tiada kedengaran bunyi hon di sana sini.Jalan raya di guna secara saksama dan adil.Sikap toleransi menjadi pegangan masyarakat di sana.Dalam hati FA tika ini,teringin sangat nak datang ke sini.Nak lihat sendiri kehidupan masyarakat di bandar Pnom Penh ini.InsyaAllah,ada rezeki ,sampai juga nanti.

Bandar Siem Reap,Bandar Pelancongan.Bandar Siem Reap terletak di utara Kemboja.Melalui pembacaan dari blog Kak Kujie juga,FA dapat tahu bahawa bandar ini lebih bersih,tersusun dan moden jika nak dibandingkan dengan bandar Pnom Penh.Bandar ini menjadi tumpuan utama pelancong kerana disinilah terdapat banyak tempat bersejarah seperti Angkor Wat,Tasik Tonle Sap dan Genocide Museum Tuol Seng.

Genocide Museum Tuol Seng di Siem Reap.Penjara yang penuh kesan seksaan dan derita di zaman Pol Pot.Sejujurnya,FA minat sejarah dan FA memang teringin nak tahu kisah di sebalik Genocide Museum ni.Teringin sangat nak sampai ke tempat ni.Dari sejarah,kita dapat ambil pelbagai iktibar dan pengajaran.Mungkin tak semua orang suka pergi ke muzium.Tapi bagi orang yang sudah jatuh cinta dengan sejarah ,pastinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang best di Kemboja.Tapi 3 tempat di atas adalah tempat yang FA teringin sangat nak pergi.InsyaAllah ada rezeki,sampai juga nanti.Antara cepat dan lambat sahaja.Doakan la yer :)

Bagaimana Hendak Ke Kemboja?

FA terfikir,bagaimana hendak pergi ke Kemboja ye?Kalau nak ajak kawan temankan,takut kawan sama-sama tidak tahu macam mana nak bergerak ke sana ke mari.Tapi lepas godek sana,godek sini,FA terjumpa sebuah syarikat pelancongan tempatan iaitu Cambodia Muslim Holiday And Travel yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja.

Cambodia Muslim Holiday And Travel juga merupakan operator pelancongan yang amat dipercayai dan dikenali di Kemboja dan Vietnam.Apa yang menambahkan lagi keyakinan FA untuk mencuba servis dari syarikat ini adalah,syarikat ini dimiliki 100% oleh saudara Islam kita di Kemboja iaitu Ustaz Yahya Al-Hafiz.

Kelebihan Menggunakan Khidmat Cambodia Muslim Holiday and Travel

  • Dimiliki oleh saudara Islam Kemboja 100%
  • Makanan dan minuman dijamin Halal 100%
  • Staff di syarikat ini fasih berbahasa Melayu
  • Keutamaan di beri kepada pelancong dari Malaysia,Brunei,Indonesia dan Singapore.
  • Turut menguruskan hal-hal Korban dan Aqiqah di Kemboja.
  • Servis dan perkhidmatan diyakini dan dipercayai.

Korang boleh lihat testimoni pelancong yang pernah menggunakan servis dari Cambodia Muslim Holiday&Travel ni dalam gambar di bawah.Biar gambar berbicara.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
kemb Teringin Jejakkan Kaki Ke Kemboja

Testimoni Cambodia Muslim Holiday&Travel

 

Jadi wajarlah untuk FA percaya dan yakin untuk menggunakan khimat dan servis Cambodia Muslim Holiday & Travel ni selepas melihat dan meneliti feedback  yang diberikan oleh mereka yang pernah mendapatkan khidmat Ustaz Yahya Cambodia ni.Mungkin selepas FA menulis entri ini,ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka ini,siapa tahu kan?

Bagaimana Hendak Hubungi Mereka?

Di sini FA sertakan maklumat untuk para pembaca hubungi pihak pengurusan Cambodia Muslim Holiday & Travel.Mungkin korang belum berminat buat masa sekarang.Tapi tak salah simpan je dahulu maklumat ni.Mana tahu suatu hari nanti terdetik hati untuk menjejakkan kaki ke Kemboja kan?

Website
www.cambodiamuslimholiday.com

Phone
Call / Sms / WhatsApp / Wechat / Viber { bahasa melayu }
+855 (0) 17 889 234 / +855 (0) 78 50 50 48

Street Address
No 805.St 5.Phom1.Sangkat Chrang Chomres1.Khan Russeykeo.Phnom Penh.Cambodia

Email
cmh.holidays@yahoo.com / cmh.holidays@gmail.com

Saya Nak Tanya Ni….

Kalau korang ada sebarang pertanyaan mengenai pakej harga dan servis mengenai syarikat pelancongan ni,korang hanya perlu hantar detail seperti berikut ke email mereka seperti yang FA nyatakan di atas tadi.

NAMA PENUH:
EMAIL:
NO HP:
PAKEJ YANG BERMINAT:
BERAPA HARI:
INDIVIDU YANG INGIN DATANG:

FA dah bagi guideline untuk pertanyaan.Jadi lepas ni tak perlu korang susah fikir nak buat ayat-ayat cinta bagai.Hehe.Sebarang kemusykilan,cepat-cepat hantar email tu.

Cambodia Muslim Holiday&Travel Penaja Contest

Rezeki.Ya,rezeki untuk dikongsi bersama saudara yang lain dan itulah yang sedang di lakukan oleh pihak Cambodia Muslim Holiday&Travel yang berbesar hati menaja sebuah Contest Kembara Kemboja yang dianjurkan oleh blog azri.my.Mudah-mudahan Allah melimpahkan lagi rezeki buat pihak penaja ini.Amin.InsyaAllah.

Hadiah wang tunai berjumlah RM2000 menanti pemenang bertuah Contest Kembara Kemboja ini.Fuh!Hadiah yang menggugat jiwa dan menguji semangat yang berkobar-kobar untuk menang contest ini.Kalau dah rezeki,insyaAllah tak kemana.Oh ya!Contest ini bermula pada 1 Feb 2014 dan berakhir sebelum 1 Mac 2014 ini dan satu blog hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.Berikut merupakan hadiah wang tunai yang menanti pemenang bertuah !
  • Hadiah Tempat Pertama – Wang Tunai Bernilai RM700

  • Hadiah Tempat Kedua – Wang Tunai Bernilai RM500

  • Hadiah Tempat Ketiga – Wang Tunai Bernilai RM300

  • Hadiah Saguhati 1- Wang Tunai Bernilai RM100

  • Hadiah Saguhati 2- Wang Tunai Bernilai RM100

  • Hadiah Saguhati 3- Wang Tunai Bernilai RM100

  • Hadiah Saguhati 4- Wang Tunai Bernilai RM100

  • Hadiah Saguhati 5- Wang Tunai Bernilai RM100

Jadi,jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam Contest Kembara Kemboja kali ini.Syarat-syarat contest sangat mudah dan peluang untuk menang juga sangat tinggi.Korang hanya perlu menulis sebarang artikel yang berkaitan pelancongan di Kemboja dan sedikit penerangan mengenai Cambodia Muslim Holiday & Travel.Mudah kan?Cuma perlu masa beberapa jam sahaja untuk memerah idea bagi menghasilkan sebuah entri ini.

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

p/s:Dah siap menulis,sebenarnya hati ni memberontak dan teringin sangat nak pergi Kemboja T_T .Moga Allah permudahkan hajatku..Amin..

The post Teringin Jejakkan Kaki Ke Kemboja appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.