Aku Lemah,Aku Nak Putus Asa | Pernah tak korang rasa tetibe macam putus asa sangat-sangat,down sangat-sangat bila ada orang yang memperlekehkan anda.Pernah tak?FA yakin hampir 70% pembaca blog FA pernah mengalaminya dan mungkin sekarang tengah mengalaminya.Beruntunglah kalau korang yang tengah mengalaminya membaca entri FA ketika ini kerana FA akan beri satu semangat kepada korang.InsyaAllah. :)
FA pernah rasa down sangat-sangat.
FA juga pernah rasa macam ‘aku hidup ni menyusahkan orang’ je.
FA juga pernah rasa ‘kenapa aku dilahirkan ke dunia’ ni.
FA juga pernah rasa ‘kenapa aku tak pandai macam orang lain’?.
FA juga pernah rasa ‘kenapa Allah tak bagi aku berjaya macam orang lain’
FA juga pernah rasa ‘kenapa aku tak boleh kaya macam orang lain’ ?
Dan banyak lagi yang FA pernah rasa…
Tapi apa yang FA buat sampai FA masih mampu bertahan sehingga ke hari ini?Apa yang FA pegang sampai FA boleh berjaya pada hari ini?Mesti korang nak tahu kan?Ya,bukan mudah nak berdiri atas kaki sendiri.Untuk berdiri atas kaki sendiri,perlukan hati yang benar-benar cekal,jiwa yang benar-benar tabah dan apa yang FA buat hanya ini:
FA pandang cermin,FA bercakap pada diri FA:
Allah Sayangkan Aku dan Aku terpilih sebagai hambaNya untuk diuji.
FA ulang ayat itu sebanyak mana yang FA larat sebut sampailah FA menangis puas-puas.Ya.Menangislah sepuasnya bila korang dalam kesedihan.Tapi lagi indah bila korang menangis di atas sejadah.Lagi tenang dan aman hati ni.Percayalah.Cuba dan rasai sendiri kepuasan tu.InsyaAllah,selepas korang menangis,korang akan rasa puas sangat.Korang akan kembali menjadi ‘orang baru’ seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sentiasa tanamkan sifat positif pada diri dan sentiasa bersangka baik pada Allah.Sesungguhnya DIA sentiasa merencanakan yang terbaik untuk kita.Jangan mengeluh,jangan bersedih.Allah Maha Agung,Maha Kuasa.Tiada siapa pun yang mampu melawan kehendak Allah.
Wallahua’lam.
The post Aku Lemah,Aku Nak Putus Asa appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.