Quantcast
Channel: Dunia Farisya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Awak,Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Blog?

$
0
0

Awak,Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Blog? | Petang tadi FA dapat mesej dari seorang blogger manis macam FA *sila muntah hijau cepat* .Dalam mesej dia tu,dia tanya macam mana nak buat duit dengan blog.Aduh,diajukan soalan sebegini.Susah nak jawab.FA bukannya seorang usahawan yang berjaya lagi (bakal) .Bukan juga seorang top affiliater yang kacak macam Encik Titan.

Sebenarnya banyak cara untuk buat duit dengan blog.Banyak sangat.Tapi bergantung kepada diri kita macam mana nak dapatkan income tu.Ada blogger yang baru setahun jagung,tapi income blog dah 4 angka sebulan.Ada blogger yang 10 tahun berblog baru boleh rasa income 4 angka sebulan macam tu.Tapi zaman sekarang semuanya tak mustahil kalau usaha tu lebih.Yakin dengan Allah boleh?

Income dari blog datang dari banyak sumber.Ya.dari BANYAK SUMBER.Dan jangan harapkan dari satu sumber sahaja.Diri sendiri kena kreatif dan inovatif.Antara sumber untuk dapatkan duit dari blog:

  • Iklan
  • Advertorial
  • Media Coverage
  • Affiliate

Banyak lagi sebenarnya.Tapi yang FA tahu itu sahaja.Mungkin kawan-kawan ada cadangan lain lagi?Boleh tinggalkan cadangan di ruang komen di bawah.

Buat duit dengan Iklan.Banyak advertiser yang tawarkan kepada blogger untuk meletakkan banner iklan.Ada yang dibayar tinggi,ada yang dibayar rendah.Contohnya macam Nuffnang,Geniee,Adsense,Innity dan Adverlet.Yang ni kena pandai memilih.Pilih advertiser yang bagus dari segi customer service.Tak ada la nanti korang terkial-kial bila ada masalah.

Advertorial.Nak dapatkan advertorial yang berbayar bukan semudah yang disangka (just my opinion) .Kena mantapkan dahulu blog kita.Baik dari segi kualiti mahupun dari segi kuantiti.Banyak aspek kena jaga.Tapi yang paling penting.Menulis dari hati.InsyaAllah rezeki akan datang.Antara lambat dengan cepat je.Macam mana nak mantapkan blog?Nanti FA cerita next entri.

Media Coverage.Ni juga salah satu cara untuk jana wang dari blog.Sebagai blogger,memang sah-sah kita akan jadi orang media.Orang akan pandang kita.Ramai blogger yang dah berpengalaman sebagai media coverage.Contohnya Yana Yassin,Bro Framestone,Izzati Ghafur,Shakiddo dan Eizil Network.Diorang ni memang ‘orang kuat’ media.Cara ni senang juga nak dapat duit dari blog.Pergi attend event,ambil gambar dan balik tulis entri.Ada event yang berbayar,ada yang free.Kena pandai memilih.

Affiliate.Cara ni ambil masa sikit.Dan ternyata memerlukan skill,tahap kesabaran yang tinggi dan doa.Skill?Korang kena tahu basic skill SEO.Nak belajar kat mana?Boleh beli Kitab SEO Merah Jambu dekat SINI.FA dah dapat dua kali komisen dari Ashadee hasil bersengkang mata baca kitab merah jambu tu.Alhamdulillah.

Dah.Itu je caranya macam mana nak buat duit dengan blog.Kalau korang nak tak faham lagi.Boleh tanya mentor FA,Encik Titan.Tapi pastikan korang tanya dia time dia free.Jangan tanya time dia tengah tengok bola.Faham?

siti nurhaliza Awak,Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Blog?

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Blog


NotaFA:Korang dah guna cara mana?

111 total views, 45 views today

The post Awak,Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Blog? appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362