Pengilat Bibir Terbaik | Hari ni nak cerita mengenai pengilat bibir yang terbaik bagi FA.Seriously,memang FA serasi sangat dengan pengilat bibir ni.Bagi FA,setakat ni Maybelline Lip Polish adalah yang terbaik.Tak melekit dan sesuai untuk gadis remaja dan wanita yang bekerjaya.
Kadang-kadang susah nak cari lipstik atau pelembap bibir yang benar-benar sesuai dengan bibir kita.Tapi sejak FA guna Maybelline Lip Polish,FA rasa macam dah jatuh cinta.Rasa nak jilat-jilat je bibir ni sebab rasa dia ‘manis’ sikit.Hehe.FA guna kod Maybelline Lip Polish Glam 2.
Warnanya yang sedikit pinky+orange coral buat FA rasa muda sangat.Hehe.Rasa macam umur 16 tahun *sila muntah hijau* .Bila FA pakai ni,memang tak melekit,tak merekah serta tak melekat dekat gigi *kisah benar* .So,korang tak perlu risau kalau nak beli Maybelline Lip Polish ni.Serius dan FA berani jamin korang pasti suka sebab warna yang dikeluarkan memang semuanya cantik.Nak beli nanti korang tengok leklok kod dia taw.Jangan salah beli pulak.
Dengan Maybelline Lip Polish ni jugak,korang tak perlu risau dengan kuasa ‘glittering’ dia tu.Sebab pengilat dia just soft.Tak terlalu over macam yang Datuk Siti pernah pakai.Hehe.Just nice.So dengan Maybelline Lip Polish,korang akan tampil menawan dan cantik macam Datuk Siti nanti.Nanti kalau ambil gambar,terserlah kemain la bibir korang.Hehe.Dan bila dah pakai lip polish ni,korang tak perlu pakai lipstick dan lip balm.Dia dah cukup pakej! :)
Ada banyak pilihan warna untuk Maybelline Lip Polish ni.Tapi FA paling suka warna Glam 2.Warna dia sangat cantik.Tak menyesal langsung ambil warna ni.Warna lain yang di sediakan memang memukau dan korang boleh lihat di laman web mereka nanti.FA malas nak cerita panjang-panjang,nanti tak suprise la korang nak membeli.Hehe.
Nota FA:Selamat Membeli.Kalau pakai ni boleh korang buat duck face bebanyak noh!
The post Pengilat Bibir Terbaik appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.