Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam | Hari ni tetiba datang mood rajin nak buat entri macam mana nak isi borang SPA.Tapi ramai lagi tak tahu apa itu SPA ni.Terutamanya lepasan SPM.Ramai yang ingat SPA ni hanya untuk orang yang nak bekerja sahaja.Sebenarnya,SPA ni iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ni juga turut menyediakan kursus Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM dan yang sewaktu dengannya.Ada syarat-syaratnya.
Tapi hari ni FA cuma nak ajar macam mana nak isi borang SPA sahaja.Kalau yang berkaitan dengan syarat tu,korang pergi laman web rasmi nanti.
Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam
1.Buka Laman Web rasmi SPA-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (KLIK)
2.Kemudian Klik Button seperti yang dinyatakan dalam gambar ini:
Untuk adik-adik lepasan SPM,FA sangat menggalakan korang semua untuk isi SPA ni.Isi bahagian Separa Perubatan.Tetapi jangan salah faham pula,bukan bermakna korang akan terus kerja bila dapat SPA ni.Tetapi korang akan dihantar menjalani latihan teori dan praktikal selama 3 tahun di kolej Kementerian Kesihatan.Korang akan belajar macam budak Diploma lain,tetapi korang akan berada di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.
Dari segi yuran dan duit poket pula,korang tak perlu risau jugak.Setiap bulan korang akan dapat elaun sara diri.Tetapi berapa jumlahnya FA tak berapa pasti.Dari segi peluang pekerjaan selepas habis belajar nanti,korang juga tak perlu risau.InsyaAllah akan terus diserap ke pusat kesihatan dan hospital kerajaan.Di ruangan ini juga,korang akan diberi pilihan kursus latihan diploma yang sesuai dengan kelayakan result korang.Maknanya sistem dah tapis siap-siap kursus apa yang korang layak untuk isi sesuai dengan result yang korang masukkan tadi.
Selepas dah siap isi ruangan ‘Jawatan Dipohon’ tu,korang terus pergi ke ‘Pengakuan Pemohon’.Di bahagian tersebut,korang periksa balik jawatan yang korang mohon.Betul ke tidak.Jangan tersalah mohon pulak.Dah betul kesemuanya,terus klik ‘Saya Setuju’ dan tekan butang ‘Hantar’ .
Siap!
Ya.Dah siap.Simpan atau print ‘Resume’ permohonan tu.Klik ‘Resume’.Tujuannya sebagai rujukan di masa akan datang.Selesai mengisi kesemua butiran tadi,hantar pun sudah.Korang cuma tunggu panggilan temuduga dari SPA.
Ada yang akan dapat panggilan temuduga melalui surat,ada juga melalui semakan sendiri di SPA ni.Jadi,korang kena rajinkan diri untuk semak nama korang melalui laman web rasmi SPA ni.Di laman utama , ada disediakan pautan untuk menyemak status permohonan korang.Kebiasaanya,panggilan temuduga bagi latihan SEPARA PERUBATAN di buat 2 kali setahun.Panggilan temuduga kali pertama kebiasaanya pada pertengahan tahun iaitu sekitar bulan JUN dan panggilan kedua sekitar bulan NOVEMBER.Jadi,bersiap-sedialah ye adik-adik.
Ok.Selamat Mencuba!
NotaKecil FA:Penat buat cara ni.Janji adik-adik faham dah la.
The post Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.