Quantcast
Channel: Dunia Farisya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat?

$
0
0

Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat? | Esok 20 Mac 2014,debaran akan terjawab buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia.Esok juga adik FA akan mengambil keputusan SPM dia.FA tengok dia tak senang duduk dah.Tapi maintain cool.FA masa nak ambil result SPM dulu memang debar habis la.Nak makan pun tak lalu. ==’

Tetiba adik tanya:

Macam mana kalau gagal dalam SPM ek?Apa nak buat?

Bagi FA sangat mudah nak jawab soalan tu.FA akan bagi jawapan macam ni:

Positifkan diri kerana Allah sedang menguji kita.Rezeki yang Allah beri pada kita bukan melalui SPM sahaja.

Ya.Betul.Kalau gagal dalam SPM tak bermakna kita akan gagal dalam seluruh hidup kita.Entri ni FA tulis untuk dijadikan semangat kepada mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam SPM atau sesiapa sahaja.

Teringat satu peristiwa bulan ni di mana kami sekeluarga diuji Allah dengan rumah dimasuki pencuri.Kerugian yang ditanggung memang banyak dan mustahil kami sekeluarga akan dapat balik barang yang hilang tu.Tapi FA cuba  tenangkan keluarga FA dengan mengingatkan bahawa Allah masih sayangkan kita sebab itu DIA pilih kita untuk ujian ini.

Sejujurnya FA bagitahu,FA memang sedikit terkilan dengan peristiwa itu.Tapi pada masa yang sama FA syukur sangat sebab Allah uji FA dan keluarga.Itu tanda Allah masih sayangkan kita.Masa tu juga Allah nak uji keimanan kita.

Begitu juga dengan adik-adik yang bakal mengambil keputusan SPM esok.Positifkan diri.Cekalkan hati.Apa sahaja keputusan yang bakal diperoleh esok hari,terima dengan redha dan hati yang terbuka kerana saat itu Allah sedang mengujimu.Kalau baik keputusannya,pertama sekali jangan lupa ucapkan syukur.Kalau keputusan yang diperoleh sebaliknya,jangan lupa juga ucap syukur kerana Allah mengujimu dengan keputusanmu itu.Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi mereka yang masih belum tahu macam mana nak cek result SPM melalui online dan sms , boleh cuba cara yang dinyatakan di bawah.

Melalui SMS:

Taip : SPM<JARAK>NO.KP<JARAK>ANGKA GILIRAN

Dan hantar ke 15888

Melalui Online:

1.Klik laman sesawang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

2.Masukkan NO KAD PENGENALAN atau Surat Beranak

3.Pilih KATEGORI SEKOLAH dan TAHUN

4.Klik SEMAK LAPORAN.

Senang je caranya macam mana nak cek result SPM ni.Kalau zaman dulu semuanya kena pergi sekolah.Hehe.Jadi manfaatkan teknologi sebaiknya.Jangan lupa share dengan kawan-kawan macam mana nak cek result SPM melalui Online atau SMS ni ye.Tapi sebaiknya pergi sekolah la ambil keputusan SPM.Boleh jumpa kawan-kawan.Saat manis dengan guru dan kawan-kawan di sekolah memang tidak boleh ditukar ganti.

siti Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat?

Senyum.Positif.Ikhtiar

Credit:Azhafizah.com

The post Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat? appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362