Nuffnang Kembalikan Status Glitterati | Nuffnang merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang bukan lagi asing di kalangan blogger dan media sosial ikon.Kali pertama saya menggunakan perkhidmatan Nuffnang adalah pada bulan ke tiga (3) berblogging.Saya mengetahui mengenai Nuffnang ini juga daripada rakan-rakan blogger yang lain.Masa tu,status Glitterati dan Non-Glitterati pun saya tidah tahu.
Namun beberapa bulan kemudian,perasaan ingin tahu mengenai Nuffnang semakin membuak-buak sehinggalah saya ambil kisah dengan status Glitterati.Dengan menggunakan kemudahan ‘Ticket’ di laman web Nuffnang,saya menghantar ‘Tiket Pertanyaan’ kepada Nuffnang mengenai status Glitterati.Adakah kita perlu melakukan sesuatu atau adakah sebarang syarat perlu dipatuhi bagi mendapatkan status Glitterati?Dalam masa lebih kurang seminggu,tiket pertanyaan saya mendapat balasan baik daripada pihak Nuffnang.Balasan dari pihak Nuffnang berbunyi sebegini:
Hi there, Glitterati membership is an automated process. It’s given automatically to a blogger’s account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you’ll receive your Glitterati membership in 4 days time. Hope this clarifies. Thank you and have a nice day! :)
Cheers, Rosanne Tan Nuffnang Sdn Bhd www.nuffnang.com.my
Tetapi dua (2) tahun kemudian,tanpa sebarang notis status Glitterati saya dilucutkan.Mungkin ada kesilapan teknikal dan tanpa membuang masa saya terus menghantar tiket kepada pihak Nuffnang memandangkan iklan CPUV ketika itu juga sedang rancak menari-nari di blog saya.Siapa tidak suka bila iklan CPUV banyak masuk kan?
Akhirnya pihak Nuffnang memberi penjelasan bahawa status Glitterati saya yang dilucutkan secara tiba-tiba adalah kesilapan teknikal saya sendiri kerana ketika itu saya telah memasang iklan Nuffnang pada blog baru yang ketika itu mempunyai Pageview kurang daripada 1.Jadi hal ini menyebabkan status Glitterati saya dilucutkan secara tiba-tiba.
Jalan penyelesaian saya cukup mudah.Saya delete blog baru tersebut dan buang details mengenai blog tersebut di ruangan profile Nuffnang saya.Kemudian saya hanya perlu menunggu status Glitterati saya dikembalikan secara automatik.Sehinggalah pagi ini,saya mendapati status Glitterati saya sudah dikembalikan oleh pihak Nuffnang.
Terima kasih Nuffnang kerana masih memberi peluang kepada blog saya untuk menjana ‘sedikit’ pendapatan dari syarikat anda.Walaupun ‘lama’ juga menunggu,tetapi berbaloi apabila iklan CPUV masuk sekali.Alhamdulillah.
Bagi anda yang berkeinginan menjana pendapatan daripada Nuffnang,bolehlah melayari laman web mereka di Nuffnang.com.my
The post Nuffnang Kembalikan Status Glitterati appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.