Macam Mana Nak Hilangkan Senggugut? | Senggugut bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini.Senggugut bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjadi pada awal atau akhir datang bulan.
Bagaimana cara nak hilangkan senggugut ini?Saya sendiri sering mengalami simptom senggugut ini tiap kali datang bulan dan simptom senggugut ini kadang-kadang menyukarkan pergerakan saya dan membuatkan aktiviti harian semakin terbatas.Tetapi jangan diturutkan sangat perasaan sakit tu.Kena juga ikhtiarkan cara untuk hilangkan senggugut ini.
Apa yang saya buat untuk hilangkan senggugut ialah mengikut cara ibu yang bersalin berpantang.Macam mana?Mudah sahaja hanya perlukan:
- Stokin
- Kain Batik (Sekiranya berada di rumah)
- Seluar yang longgar/Loose (Sekiranya berada di tempat kerja)
- Minyak Panas
Sekiranya berada di rumah,rehat secukupnya dengan hanya berbaring di atas katil secara santai dan memakai stokin dan kain batik serta meletakkan minyak panas di bahagian perut dan belakang pinggang.Pastikan posisi baringan dalam keadaan biasa dan tidak mengiring ke mana-mana bahagian.Pendek kata,baring seperti ‘mayat’.Kenapa perlu baringan seperi itu,hal ini kerana supaya mana-mana anggota di bahagian suprapubik tidak ‘tertekan’ atau ‘stress’.Pastikan anda rehat atau tidur dalam 1-2 jam (bergantung).
Seandainya ‘hari biasa/jangkaan senggugut‘ anda adalah hari anda bekerja,jangan lupa untuk memakai stokin dan seluar yang ‘loose’ bagi mengelakkan bahagian suprapubik anda daripada ‘stress’.Jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian perut dan belakang pinggang anda.Cuba sibukkan diri dengan kerja seharian di pejabat atau tempat kerja,InsyaAllah perasaan sakit ketika senggugut akan hilang dengan sendirinya.
Kalau nak diterangkan secara fisiologikal mengenai cara yang saya buat untuk hilangkan senggugut ni memang panjang ceritanya.Jangan bimbang kerana cara yang saya amalkan ini sedikitpun tidak memudaratkan kesihatan diri.Alhamdulillah,senggugut saya pun semakin berkurangan setiap kali saya amalkan cara sebegini.Bangun tidur je,memang rasa segar sangat sebab kaki pakai stokin,perut pun selesa bila hanya mengenakan kain batik sahaja.
Jangan lupa untuk mencuba petua dan tips yang saya berikan untuk hilangkan senggugut ketika datang bulan.InsyaAllah,senggugut anda akan beransur-ansur pulih.Utamakan petua tradisional terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan moden yang boleh memudaratkan kesihatan diri.
Selamat Mencuba!
p/s:Petua ini telah dilakukan oleh saya sendiri dan tidak meniru dari mana-mana pihak.Terima kasih.
The post Macam Mana Nak Hilangkan Senggugut? appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.