Rawatan Kecantikan Pada Wajah | Cuba renung wajah kita dalam cermin dan perhatikan satu persatu apa yang berada di muka kita.Adakah kulit muka kita sudah cukup sihat,terjaga dan segar?Jika wajah kita kelihatan kusam,berjerawat,bintik hitam dan juga berjeragat,sudah sampai masanya untuk kita bertindak.Kita sendiri seharusnya melakukan rawatan terhadap wajah kita,bukan dengan menutup wajah yang bermasalah dengan solekan yang tebal.Itu sama sekali tidak menyelesaikan masalah.
Selain itu,pola tidur kita juga perlu teratur,pemakanan seharian juga perlu seimbang dan beriadah di petang hari.Sejak kulit muka saya bermasalah dua (2) tahun yang lalu,saya mula menitik beratkan penjagaan wajah.Sejujurnya memang susah untuk mengekalkan pola penjagaan wajah yang teratur.Selain itu,perkara buruk yang boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pada kulit juga perlu dihindari seperti asap dan bau rokok serta minuman beralkohol.
Faktor lain yang perlu dihindari juga adalah pancaran cahaya matahari kerana berpotensi merosakkan kulit muka .Sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan jeragat,bintik hitam dan mempercepatkan tanda-tanda penuaan kulit muka kita.Sebolehnya,cuba elakkan dari terdedah terus kepada cahaya matahari.Cuba gunakan inisiatif seperti payung dan cermin mata.
Penjagaan kulit wajah kita pada hari ini adalah untuk pelaburan masa hadapan.Saya sendiri mula sedar akan kepentingan itu setelah membaca mengenai kepentingan penjagaan wajah di salah sebuah buku kecantikan dua (2) tahun yang lalu.Memiliki kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi juga memberikan saya keyakinan yang tinggi.Tetapi jangan sesekali memilih jalan yang singkat dan mudah untuk cantik.Pastikan produk yang dipilih mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.Antara produk yang boleh dijadikan makanan tambahan dan produk kecantikan ialah:
2.AylaMyra
Produk yang dinyatakan di atas merupakan antara produk yang mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.Kesemua produk di atas dibuat dari bahan semula jadi yang sudah tentunya selamat digunakan oleh pengguna di luar sana.
Untuk penjagaan wajah yang lebih efektif,pastikan produk yang dipilih bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda.InsyaAllah,akan saya kongsikan dalam entri akan datang!
Selamat Membaca!
The post Rawatan Kecantikan Pada Wajah appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.