Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini. Seusai sembuh daripada virus korona baharu (COVID-19), pasti anda berasa gembira. Mungkin anda teringin melihat dunia luar, rindukan keluarga atau ingin mengunjungi restoran kegemaran anda. Namun malang bagi seorang lelaki berusia 36 tahun bernama Li Liang yang mati setelah 5 hari diisytiharkan sembuh daripada virus korona baharu. Baca artikel ini jika anda ingin mengetahui selanjutnya. Sembuh daripada virus korona namun masih berisiko Li Liang merupakan pesakit virus korona yang didaftarkan di sebuah hospital yang terletak di Wilayah Hanyang, Wuhan. Setelah disahkan menghidap jangkitan wabak, dia telah dirawat selama 13 hari sehingga sampel klinikalnya negatif bagi virus korona untuk dua hari berturut-turut. Li kemudiannya dibenarkan pulang setelah menjalani pemeriksaan kesihatan oleh sekumpulan doktor pakar. Namun, sebelum diberikan kebebasan sepenuhnya, dia diletakkan bersama dengan pesakit lain yang telah sembuh untuk tujuan kuarantin. Perkara tersebut merupakan protokol biasa yang dilalui oleh mana-mana pesakit yang sembuh berikutan kita belum cukup memahami kesan jangkitan COVID-19 dalam jangka masa panjang. Malangnya, pada 2 Mac 2020, Li telah dikejarkan ke hospital berikutan simptom sesak nafas yang dialaminya. Rawatan kecemasan yang diberikan gagal membuka laluan pernafasan Li dan dia menghembuskan nafas terakhirnya. Punca kematian telah dikenal pasti […]
The post Pesakit Mati Lepas 5 Hari Disahkan Negatif COVID-19 appeared first on Dunia Farisya.