Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini. Jumlah kes wabak virus korona baharu (COVID 19) di seluruh dunia sudah melebihi 100,000 individu manakala jumlah kematian hampir mencecah angka 4,000. Kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun lemah. Sedarkah anda bahawa golongan kanak-kanak hanya merangkumi kurang 1% daripada jumlah keseluruhan mereka yang telah disahkan positif? Tiada satu pun kanak-kanak yang berusia di bawah 9 tahun dilaporkan mati akibat virus ini di China. Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akademik, bahkan kerisauan terhadap potensi mereka untuk menyebarkannya kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka. Terdapat dua teori yang menerangkan sebab di sebalik peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Risiko kematian pesakit COVID meningkat mengikut usia Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes COVID pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah. Jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif. Memandangkan COVID 19 mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika kanak-kanak yang terdedah mempunyai jangkitan tersebut atau tidak. Tambahan pula, terdapat individu yang dijangkiti […]
The post Kenapa Kanak-Kanak Susah Dijangkiti Dengan Virus COVID-19? appeared first on Dunia Farisya.