Rasanya kita semua pernah dimomokkan dengan kepercayaan di mana perlu mengetuk telinga lagi sebelah jika air masuk dalam telinga. Ini kerana aktiviti seharian yang biasa seperti mandi di dalam bilik air juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku lalu menyebabkan ketidakselesaan. Persoalannya, apakah yang perlu dan tidak perlu dibuat untuk mengeluarkan air masuk dalam telinga? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi! Bahaya air masuk dalam telinga… Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu akan bahayanya terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perkara yang normal dan biasa terjadi kepada setiap individu. Ini kerana kita semua sangat kerap terdedah kepada air terutamanya ketika membersihkan diri sendiri. Bayangkan, aktiviti seharian seperti mandi di bawah pancuran air, di dalam tab, jakuzi, kolam atau laut sudah pasti akan mengakibatkan air masuk dalam telinga. Meskipun ia normal dan biasa, kalian tidak harus memandang ringan akan perkara ini kerana ia boleh mengakibatkan bahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan begitu sahaja. Bahaya yang diperkatakan itu adalah anda berisiko terkena jangkitan otitis externa atau lebih dikenali sebagai swimmer’s ear. Apakah ia? Ia adalah sejenis jangkitan yang berpunca daripada bakteria! Jika dijangkiti dengannya, inilah yang akan terjadi kepada telinga anda: Kegatalan Kemerahan Kesakitan Keluar […]
The post Apa Nak Buat Kalau Air Masuk Dalam Telinga? appeared first on Dunia Farisya.