Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita. Walau bagaimanapun, sedikit trivia berkenaan dengan hukum alam, ia tidak mempunyai sebarang bentuk diskriminasi. Mungkin mereka lebih berisiko, namun lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah terbabit. Artikel ini akan memperkenalkan 7 ‘penyakit wanita’ yang turut mempengaruhi kaum Adam. #1 Osteoporosis, penyakit tulang rapuh Osteoporosis agak popular dan jika anda perhatikan iklan di televisyen, kebanyakan penghidap (jika bukan semua) diperwatakkan oleh pelakon wanita. Keadaan ini menyebabkan timbul salah faham berkenaan dengan maklumat demografi dan risiko bagi penyakit tulang rapuh. Apabila tulang anda mengalami penurunan ketumpatan, ia mudah retak dan menyebabkan komplikasi serius. Walaupun kajian menunjukkan setinggi 1 daripada 3 wanita menghidap masalah ini, namun lelaki juga tidak terlepas daripada didiagnosis walaupun tidak sekerap itu (1 daripada 5 lelaki). Keadaan ini berlaku berikutan perubahan proses fisiologi wanita selepas mereka mencapai usia menopaus. Namun, apabila mencecah usia 65 hingga 70 tahun, proses patologi penyakit berlaku pada kadar yang hampir sama bagi kedua-dua jantina. #2 Kanser payudara, boleh didiagnosis pada lelaki Walaupun payudara sering dianggap sebagai penyakit wanita, namun pernyataan tersebut adalah tidak tepat. Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai tisu payudara. Cuma wanita mengalami tumbesaran dan peningkatan pada jumlah tisu payudara akibat peningkatan hormon […]
The post 7 Penyakit Pada Perempuan Boleh Terjadi Pada Lelaki appeared first on Dunia Farisya.