Quantcast
Channel: Dunia Farisya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

$
0
0

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki | Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.Ramai yang selalu merungut rezeki tak pernah cukup.Tapi tak ramai yang berusaha mencari jalan bagaimana nak dapatkan rezeki yang melimpah ruah.Inilah ‘penyakit’ orang kita sebenarnya.Mulut cakap nak,tapi anggota tak mahu gerak.Tak nak gunakan fizikal yang Allah pinjamkan kepada kita.Jadi hasilnya,habuk pun tak ada.Jadi hari ni FA nak kongsi dengan para pembaca 5 petua untuk dapat limpahan rezeki.

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

1.Niat yang betul.

niat 5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

Yang ni ramai yang terlepas pandang.Ramai yang berhajat mencari rezeki sebab nak kaya,nak hidup senang,nak makan sedap-sedap,nak bercuti ke luar negara.Tapi sebenarnya  anda perlu berniat bahawa ‘aku nak cari rezeki kerana aku nak keberkatan dari Allah dan semata-mata kerana Allah.Apabila anda niat semata-mata kerana Allah,InsyaAllah apa sekalipun usaha yang anda lakukan untuk mencari rezeki akan dipermudahkan olehNYA.Semuanya bermula dari niat.Yakinlah.

2.Pemahaman sebenar maksud rezeki

rezeki dari allah 5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

Ada juga yang masih belum faham maksud sebenar rezeki.Rezeki adalah sesuatu yang diberikan oleh kepada kita dalam apa jua bentuk sekalipun.Tetapi hari ini ramai yang telah ‘mind-set’ kan minda diorang bahawa rezeki itu duit.FA sedih apabila melihat masyarakat sekeliling hanya mengucapkan rasa syukur apabila dapat duit.Walhal badan yang sihat,akal yang cerdas dan dikurniakan nikmat untuk bernafas juga adalah rezeki.Jadi,cuba faham maksud sebenar rezeki,InsyaAllah Allah akan mudahkan segalanya bagi anda.

3.Alpa dengan ucapan Alhamdulillah.

alhamdulillah 5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

Ya.Memang ramai yang alpa dengan ucapan Alhamdulillah.Bahkan kebanyakan dari mereka akan berkata, ‘Wow!’ , ‘Hebatnya!’ , ‘Sukanya!’ dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya.Tapi berapa ramai yang mendahulukan ucapan ‘Alhamdulillah’ apabila memperoleh sesuatu rezeki?Tepuk dada tanya iman.Biasakan diri mengucapkan ‘Alhamdulillah’ tiap kali memperoleh sesuatu.InsyaAllah rezeki akan bertambah.

4.Ibadah akarnya,rezeki buahnya.

jj 5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

Hari ini juga ramai yang terpalit dengan ‘ajaran sesat’ .Kononnya kalau tak solat,tak puasa,rezeki akan ada kalau kita usaha.Itu namanya ‘Istidraj’.Istidraj membawa maksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberiannNYA itu tidak diredhai.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Jadi jangan tersalah faham.Utamakan ibadah sebagai pemacu kepada limpahan rezeki yang luas.InsyaAllah,kalau kita tekun menyiram pokok ibadah,buah rezeki akan datang bergolek dengan banyaknya.Yakinlah.

5.Menarik rezeki,Menolak Bala.

Pernah dengar tak ayah mak kita cakap macam ni:

….Mamat,jangan tidur lepas subuh,nanti rezeki susah nak masuk….

…Minah,lepas subuh jangan tidur.Nanti dapat bala…

Ada sebabnya.Dan memang berguna nasihat mereka pada kita.Kenapa?Baca bawah ni:

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)

shikamaru zzzzz.png 5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

Jadi,jangan fikir-fikir lagi.Memang ada benarnya mak ayah kita larang kita tidur lepas waktu subuh.Ni juga salah satu petua yang ummi FA selalu pesan.Almaklumlah dulu masa sekolah suka tidur balik lepas subuh.Tapi sekarang,kena ubah!Jadi bertindak dari sekarang,jangan hanya cakap ‘Aku nak rezeki banyak,Aku buat nanti’ …Cakap saja tak guna,gerak sekali okai! :)

5 Petua untuk dapat limpahan rezeki di atas merupakan 5 petua yang paling penting dalam hidup kita dan perlu anda semua amalkan sekiranya ingin mendapat limpahan rezeki yang tidak pernah putus.InsyaAllah.

Tetapi ada satu lagi ‘petua rahsia’ untuk mendapatkan limpahan rezeki iaitu dengan menghadiri majlis ilmu Talkshow Limpahan Rezeki yang akan diadakan pada 1 Mac 2014 ini di Uniten Bangi.Panel yang bakal memeriahkan Talkshow ini akan  membongkar rahsia bagaimana untuk mendapatkan limpahan rezeki yang lebih banyak.

jootawan 5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki

Talkshow Limpahan Rezeki

Jadi,ambil peluang ni.Kutip sebanyak mungkin ilmu yang bakal diperturunkan di talkshow nanti.Yuran penyertaan apa lah sangat jika nak dibandingkan dengan ilmu yang bakal kita kutip nanti.Jangan berlengah,jangan mengeluh,jangan bertangguh.Daftar sekarang dan percaya dan yakinlah bahawa anda sedikit pun tidak akan menyesal menghadiri talkshow ini.

Barisan Panel Yang ‘Kaya’ Dengan Ilmu

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Merupakan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).Telah menghasilkan 3 buah buku yang mendapat sambutan hangat iaitu Membujur Lalu-1995,Bisnes Satu Cabang Jihad-2003 dan Khalifah Ganti Superman-2011.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada tahun 1985. Tan Sri juga telah dianugerahkan Ijazah-ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang keusahawanan, bisnes dan pengurusan daripada 8 universiti di Malaysia termasuk UniSZA.

Dr Maza

Nama sebenar Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Merupakan Pensyarah Tetap Bahagian Pengajian Islam USM.Telah menerbitkan lebih dari 10 buah buku yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Saiful Nang

Merupakan satu nama besar dalam dunia fotografi.Seorang jurugambar yang menggunakan kamera dan pena sebagai medium seruan kebaikan.Kerana Islam itu menyeru kepada kebaikan maka seruan kepada kebaikan itu ialah Islam.Mendapat kelulusan professional Master in photography by MPA (UK) juga merupakan member international Wedding & Portrait Photographer, WPPI, USA. Bergelar jutawan muda dalam usia 30 tahun. Memiliki semua yang di impikan iaitu kerjaya, yang diminati, kehidupan yang selesa, isteri cantik dan anak yang comel. Tinggal lagi mengecapi kejayaan yang seterusnya.

Ustaz Syaari

Siapa tidak kenal krebiliti pemilik nama Muhammad Syaari Abdul Rahman. Beliau antara figure terkenal di Malaysia yang gigih mendidik anak muda perihal sang pembuka, Muhammad Al-Fateh.
Kerap dijemput sebagai pembentang kertas kerja di dalam dan luar negara, serta menubuhkan konsultan sendiri selepas menimba pengalaman di syarikat konsultan IP Minda Sd. Bhd.Merupakan penulis buku Bestseller, Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh, yang kini telah mencecah cetakan ke-9 keluaran PTS Publisher

Dah habis dah cerita pasal 5 petua untuk dapat limpahan rezeki dan ‘petua rahsia’ lagi FA bagi.Jadi jangan fikir lama-lama,pergi daftar Talkshow tu cepat-cepat.Jangan menyesal tak sudah kalau korang tak ambil peluang ni.

 

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
————
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni

“Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah.. -Sumber FB Jootawan Jannah

The post 5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362