Demam BR1M 3.0 Melanda | Hari ni dengan semalam,kecoh pasal duit BR1M dah masuk.Jangan lupa ucap Alhamdulillah.Itu rezeki bagi mereka yang dapat.Yang belum dapat tu,jangan sedih,jangan gusar.InsyaAllah,ada rezeki yang lebih baik menanti korang.
Siapa Yang Dapat BR1M 3.0?
FA perhati kebanyakan yang dah dapat BR1M merupakan pemegang akaun CIMB dan MAYBANK.Habis bank lain apa cerita yer?Mungkin bank lain akan menyusul lepas ni kot.Sama-sama kita nantikan.Kalau diikutkan Tarikh Sebenar Pemberian BR1M adalah pada esok hari,22 Februari 2014 sehingga 15 Mac 2014.Rezeki la siapa yang dah masuk awal tu yer.Hehe.
Semak Status Pendaftaran BR1M 3.0
Hubungi 1-800-88-2716
Talian ini beroperasi waktu pejabat sahaja.Kena cuba call banyak kali kerana talian berkemungkinan sibuk.
Email BR1M
Boleh semak melalui penghantaran email kepada pihak berkenaan.Jangan lupa sertakan sekali Nama Penuh dan No Kad Pengenalan dan hantarkan kepada :
-br1m2@treasury.gov.my
Macam Mana Nak Buat Rayuan BR1M 3.0 ?
Ada beberapa prosedur yang diperlukan untuk melakukan rayuan BR1M 3.0 kali ini.Korang boleh baca cara-cara membuat rayuan BR1M di entri INI (KLIK) .Kat blog tu ada dinyatakan cara-cara untuk membuat rayuan BR1M itu.FA nak terangkan,takut panjang sangat.Hehe
Jadi,jangan sedih kalau tak dapat BR1M ,cuba buat rayuan dulu.InsyaAllah,kalau dah rezeki takkan kemana.Bila dah dapat,jangan salah guna pulak yer.Gunakan dengan sebaiknya.Jangan lupa bersedekah.InsyaAllah akan dipermudahkan dan diperluaskan lagi rezeki kita.Kalau masih bersedih tak cukup duit,atau hidup selalu sempit,cuba 5 Petua untuk dapatkan limpahan rezeki INI.
p/s:Lepas Zohor nanti baru nak pergi cek akaun.hehe
The post Demam BR1M 3.0 Melanda appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.