Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik | “Ariani” merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat tudung di seluruh Malaysia memandangkan jenama tudung ini sedang pesat berkembang sejak tahun 2008.Baru-baru ini pada 6 Mac 2014,bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton,  telah berlangsungnya Majlis Pertunjukan Fesyen ‘An Exclusive Preview’ dari Galeri Ariani.Alhamdulillah,FA juga berkesempatan untuk menghadiri majlis  yang penuh gilang-gemilang ini.Oh ya!FA akan kongsi dengan semua pembaca mengenai rentetan peristiwa sepanjang majlis tersebut :)

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tudung Terbaik1 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

An Exclusive Preview of Ariani

Ariani Penangan Cinta Pandang Pertama

Ya.Jujur FA cakap,FA terkesima dan jatuh ‘cinta pandang pertama’ dengan koleksi tudung Galeri Ariani yang diperagakan oleh kesemua model yang tinggi lampai di majlis pertunjukan fesyen tersebut.Kenapa?Sukar untuk ditafsirkan secara jelas dan nyata.Tetapi bagi mereka yang begitu cintakan dunia peragaan tudung dan menjaga penampilan,FA yakin bahawa anda juga pasti terpikat dan jatuh cinta dengan koleksi tudung terbaik dari Galeri Ariani.

Antara koleksi tudung bagi segmen ‘Chic Casual’ yang diperagakan oleh model di majlis tersebut ialah tudung Zafira Printed,Selendang Embroidery,Selendang Printed Stone,Selendang Crumple dan Aleesya Beaded Block Heavy.Haa..Kalau korang nak tahu kesemua tudung yang di peragakan oleh model ini telah direka khas semata-mata untuk majlis pertunjukan fesyen ini.

Galeri Ariani mensasarkan target 1 juta keahlian -Puan Norhana Sharkhan,Pengarah Pemasaran Ariani Textiles

Koleksi tudung ‘Chic Casual’ ini sesuai bagi wanita yang gemarkan pemakaian yang lebih santai dan ekspress.FA pun telah memiliki salah satu koleksi ‘Chic Casual’ ni iaitu Selendang Aleesya.Serius FA cakap dekat korang semua yang selendang Aleesya ni memang best!Material yang lembut dan senang dibentuk ,elok terletak di atas kepala.Hari ni rasa gojes sangat!Semua duk tengok.Hehe. *tampar diri sendiri*

Image may be NSFW.
Clik here to view.
 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Antara Fesyen Chic Casual Yang Diperagakan Di Majlis An Exclusive Preview of Ariani

Ariani juga tidak menghampakan bagi mereka yang gemarkan pemakaian tudung yang lebih eksklusif.Sebanyak 8 koleksi telah diperagakan di segmen ‘Glam Exclusive’ iaitu tudung Zafira Lace,Selendang Art Work,Selendang Stone,Selendang Embroidery,Selendang Lace,Tiara Chiffon 2 Layer dan Selendang Aleeysa Lace.Kesemua koleksi ‘Glam Exclusive’ ini sesuai digayakan bagi wanita yang bekerjaya dan ketika hendak menghadiri majlis korporat dan ekslusif.FA jamin,korang pasti tampil cantik dan menawan dengan koleksi tudung terbaik dari Galeri Ariani ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Fesyen Tudung Glam Exclusive By Ariani

Tudung ‘awning’ dari fabric Lycra dan Thai Silk menjadi ‘A Must Have Item’ bagi wanita berhijab dan menjadi satu revolusi-Pn Norhana Sharkhan

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tudung Terbaik4 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Pertunjukan Fesyen Tudung ‘Chic Casual’ Dan ‘Glam Exclusive’ Dari Galeri Ariani

Rekaan Tudung Yang Ekslusif Penambat Hati

Bagi memastikan koleksi tudung Galeri Ariani sentiasa menjadi pilihan pertama bagi peminat tudung di luar sana,pihak Ariani telah mengambil inisiatif yang FA rasakan cukup bijak iaitu mereka telah mendaftarkan setiap rekaan mereka dengan sebuah syarikat di United Kingdom.Langkah yang cukup bijak bagi mengelakkan rekaan mereka di ciplak secara haram.

Fabrik Tudung Berkualiti

Fabrik tudung juga menjadi salah satu ‘tanda aras’ penting atau ‘point’ penting bagi mereka yang gemarkan gaya tudung yang menarik.Di Galeri Ariani,mereka menggunakan fabrik Italian Chiffon,Italian Lycra dan Thai Silk yang diimport khas dari luar negara bagi memastikan penghasilan tudung dan selendang yang berkualiti tinggi dan memuaskan hati si pemakai.

Ok,bagi FA fabrik tudung memang sangat penting.Tambahan pula FA ni jenis cerewet bab tudung ni.Yela,kalau time tudung susah nak dibentuk,mulalah hati ‘panas’.Hehe.Ada sampai satu jam duduk depan cermin betulkan tudung.Mesti korang pernah alami apa yang FA cakap ni kan?Jadi,lepas ni pastikan korang teliti dulu fabrik tudung yang digunakan.Di Galeri Ariani,korang pasti berpuas hati.Harga tudung dan selendang yang ditawarkan juga bergantung kepada jenis dan kualiti kain.Alah membeli,menang memakai! :)

Duta Baru Ariani

Rata-rata peminat tudung Ariani sudah familiar dengan Wardina Safiyya yang menjadi Duta Premium Ariani dan Duta yang setia dengan Ariani sejak awal penubuhan mereka.Tetapi lembaran 2014 kali ini,Ariani telah melantik Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai Duta Baru Ariani 2014 bagi menggantikan Wardina Safiyya yang bakal berhijrah ke Australia dalam masa terdekat.Nama Nurul Syuhada bukan lagi nama asing dalam dunia penyiaran televisyen.Beliau merupakan personaliti TV3 yang popular menerusi program dokumentari Majalah TV3,Malaysia Hari Ini dan pernah merangkul gelaran Juara Malaysian Top Host 2005.FA percaya Nurul Syuhada mampu menarik lebih ramai peminat tudung untuk menjadi pelanggan setia Ariani.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tudung Terbaik Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

An Exclusive Preview of Ariani

Habuan Kepada Pelanggan Setia Ariani

Dalam majlis pertunjukan fesyen ini juga,seramai 66 orang pelanggan setia Galeri Ariani telah diraikan melalui pertandingan Cabutan Bertuah.Masing-masing muka gembira dapat hadiah.Senyum sampai ke telinga.Hehe.Mana tidaknya,dapat hadiah Iphone 5s,Carpet Silk bernilai RM5.5 k dan Baucer Membeli-belah Ariani bernilai Rm 1000 .Menarik kan?Jadi kalau korang juga nak menang hadiah menarik seperti mereka semua tu,jadilah pelanggan setia Galeri Ariani!Memang tak rugi.Untung habis!

 Ariani telah mempunyai 20 buah cawangan di seluruh Malaysia-Puan Norhana Sharkhan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Antara Pemenang Cabutan Bertuah Galeri Ariani

Siti Nurhaliza Ikon Ariani

Kejutan demi kejutan telah disusun rapi oleh pihak Ariani dan salah satunya,Ariani telah menjalinkan usahasama dengan Siti Nurhaliza,Penyanyi No.1 Negara pada tarikh keramat 6 Mac ini.FA pun teruja dan terkejut sebenarnya apabila dapat tahu Siti Nurhaliza merupakan artis bagi sesi ‘Special Appearance’.Mana tidaknya,Datuk Siti tu FA admire jugak.Hehe.Meroyan kejap nampak Datuk Siti.FA yakin lebih ramai pengguna tudung di luar sana bakal menjadi pelanggan setia Ariani nanti bila dapat tahu bahawa Datuk Siti merupakan Ikon Ariani.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Siti Nurhaliza Ikon Ariani

 

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
20140306 165826 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Siti Nurhaliza Di Majlis An Exclusive Preview Galeri Ariani

 

Koleksi Raya Dari Siti Nurhaliza By Ariani

Bagi semua peminat tudung awning  dan selendang ,nantikan ‘Preview Sale’ koleksi tudung dari Siti Nurhaliza By Ariani pada 21 Mac 2014 ini sehingga Ramadhan.FA yakin korang semua pasti tertawan dengan koleksi yang bakal menjengah pasaran tidak lama lagi.Cepat-cepat sedia duit untuk ‘rembat’ satu atau lebih koleksi tudung eksklusif dari Ariani ini.Kesemua koleksi tudung yang bakal dikeluarkan untuk Siti Nurhaliza By Ariani merupakan antara tudung yang pernah di gayakan dan akan direka oleh Datuk Siti sendiri.Jadi lepas ni,korang pun boleh melaram cantik macam Datuk Siti.Hehehe.Eh,jangan lupa!Koleksi pakaian jenama Siti Nurhaliza Ready-To-Wear By Jakel juga akan menjengah pasaran tidak lama lagi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Majlis Menandatangani Usahasama Siti Nurhaliza Dengan Galeri Ariani dan Jakel

Jualan Amal Ariani

Salah satu sesi yang FA nak ucapkan tahniah kepada mereka yang berusaha keras adalah sesi jualan amal bagi menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Sebanyak 3 helai tudung yang direka khas hanya untuk majlis ini akan dibida.Kesemua tudung dibida oleh mereka yang hadir memeriahkan majlis ini.Hasil jualan bidaan tudung ini akan disalurkan kepada pertubuhan anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.Semasa sesi ini berlangsung,FA rasa teruja kerana ini pertama kali FA menyaksikan proses bidaan barang.Meriah masa ni.Hehe.Hebat!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
20140306 161609 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Image may be NSFW.
Clik here to view.
 Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik

Tudung Yang Dibida Dengan Harga Paling Tinggi Iaitu RM10 Ribu

 

 Informasi Dan Promosi Terkini Di Media Sosial

Bagi korang yang tak nak terlepas mengenai sebarang informasi dan promosi terkini dari Galeri Ariani,pastikan korang mengikuti perkembangan mereka di laman media sosial rasmi Galeri Ariani iaitu:

Website Rasmi Galeri Ariani

www.ariani.my

Fanpage Rasmi Galeri Ariani

Galeri Ariani

Instagram Galeri Ariani:

@galeriariani

Twitter Galeri Ariani:

@GaleriAriani

Nota Kecil FA:Betul-betul terkesima dan teruja tengok koleksi menarik dari Ariani.Raya ni bolehlah angkat satu :)

Credit Picture:RotiKaya.com | Galeri Ariani

The post Ariani Pencetus Fenomena Fesyen Tudung Terbaik appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.