Syria Perlukan Anda – #SyriaNeedsYou | Bersempena Ulang tahun ke-3 Kebangkitan Rakyat Syria,Malaysia Life Line for Syria akan mengadakan Karnival #SyriaNeedsYou pada 15 Mac 2014 (Sabtu) bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.Bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 11.45 malam.
Karnival yang diadakan ini hasil gabungan beberapa badan NGO yang lain dan akan di hadiri oleh beberapa orang tetamu istimewa dan artis jemputan yang bakal memeriahkan karnival ini.Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan untuk menyampaikan mesej keamanan melalui aktiviti seperti ceramah,pidato,nasyid,flashmob dan tayangan video LIVE from Syria ketika karnival berlangsung.Satu slot khas ‘Ammar dan Syria’ juga akan diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keikhlasan Ammar dalam memperjuangkan agama Allah.
Antara artis jemputan yang bakal memeriahkan karnival ini ialah Diana Amir,Farah Asyikin dan ramai lagi.Siapapun anda,ketepikan semua itu.Sama-samalah kita menyokong dan menunjukkan tanda kasih kita kepada ummat yang dtindas di Syria.
Rasulullah bersabda:
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. (HR Bukhari & Muslim)
Ayuh sama-sama sebarkan hebahan karnival ini.Hanya ini yang mampu FA buat dari jauh.Teringin juga syahid di sana.Moga Allah redha dan perkenankan hajatku.Amin Ya Rabbalamin.
#SyriaNeedsYou
Sebarang maklumat lanjut.Hubungi Fiza Bahar-012 2409173.
Tonton video yang menyayat hati ini mengenai keadaan Syria :’(
The post Syria Perlukan Anda – #SyriaNeedsYou appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.