Ninetology Dan Qualcomm Bergabung Untuk Berkembang Ke Seluruh ASEAN | Ramai pengguna peranti mudah-alih sudah biasa mendengar nama Ninetology dan ternyata produk peranti mudah-alih dari Ninetology semakin mendapat tempat di hati pengguna apabila jumlah pengguna mereka semakin bertambah setiap tahun.FA pun merupakan salah seorang pengguna Ninetology dan sememangnya berpuas hati dengan produk mereka.Hehe.Tak sia-sia Ninetology bagi hadiah U9R1 kat FA masa contest hari tu.Terima kasih Ninetology!
Ninetology Malaysia merupakan syarikat peranti mudah-alih ASEAN atau dalam bahasa mudahnya merupakan syarikat pengeluar handphone yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna di Malaysia,Indonesia,Filipina,Vietnam dan Thailand.Syarikat ini telah memperoleh pendapatan sebanyak RM180 juta dengan menguasai 12% pasaran di Malaysia pada Disember 2013.Satu pencapaian yang cukup membanggakan!
Sungguh tak dijangka,walaupun baru menempa nama,tetapi syarikat ini mampu berdiri setanding dengan syarikat peranti mudah-alih yang lain.FA baru mendengar nama Ninetology ni dalam setahun dua macam tu.Tapi rupa-rupanya dah ramai yang semakin serasi menggunakan produk keluaran Ninetology ni.Mujurlah FA dah ada satu koleksi.Hehe.
Ninetology juga mensasarkan pendapatan sebanyak RM380 juta pada akhir tahun 2014 melalui perancangan mereka untuk memasarkan ke Filipina,Thailand dan Vietnam sepertimana yang telah di perkatakan oleh Sean Ng,CEO Ninetology ASEAN.
Kami telah menjual lebih daripada 1 juta unit setakat ini dan telah berkembang ke Indonesia pada September 2013, kerjasama dengan penyanyi terkenal Indonesia dan pelakon, Agnes Monica. Peranti kami dikuasai oleh Qualcomm ® SnapdragonTM pemproses mudah alih, pemimpin dunia dalam 3G , 4G dan teknologi tanpa wayar generasi akan datang, untuk meneruskan usaha kami dalam menyampaikan nilai yang cemerlang kepada pengguna kami, seperti yang terbukti dengan keputusan kami selama lebih dua tahun yang lalu
Ninetology juga telah mengkaji sebaik mungkin produk keluaran mereka yang menjadi asas kepada pertumbuhan dan perkembangan syarikat mereka itu.Projek Komunikasi Pintar juga bakal diperkukuhkan lagi oleh pihak Ninetology.
Sementara itu,Ninetology juga mengumumkan kempen pengiklanan Ninetology pada pesawat AirAsia bagi mengembangkan lagi jangkauan bilangan pengguna keseluruh ASEAN dimana kempen ini akan berjalan selama setahun.Nanti kalau korang kebetulan naik flight yang ada lambang tulisan Ninetology,jangan lupa ambil gambar dan tag Ninetology ye.Hehe.
Kerjasama antara Ninetology dan Qualcomm iaitu syarikat perisian yang terkemuka akan menjadi pemacu utama kepada perkembangan dan kejayaan mereka di seluruh ASEAN dan pembangunan peranti mudah-alih LTE yang dijangka bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.
Kempen ‘So WOW For All’ juga telah dilancarkan bagi mencapai hasrat syarikat bagi meluaskan lagi jangkauan pengguna Ninetology di seluruh ASEAN dengan objektif utama mereka adalah untuk ‘mengejutkan’ pengguna diluar sana.Kempen yang akan berlangsung selama setahun ni dimulakan dengan pelancaran handphone U9J1 yang didatangkan dengan 4 variasi warna yang memukau dan striking!Dengan hanya RM199 untuk memiliki koleksi U9J1 ni,korang boleh alami semuanya apa yang smartphone lain boleh buat!Berbaloi tak?Jadi cepat-cepat pergi beli ye.Hehe
Kalau korang nak menang banyak hadiah yang lebih menarik dari Ninetology,korang jangan lupa untuk menyertai Giveaway Bulanan (#9Giveaway) dari pihak mereka yang mana akan diadakan setiap 9hb.Jangan lupa untuk sentiasa follow-up mereka di laman Facebook,Twitter dan Instagram.
Facebook:Ninetology Malaysia
Twitter:@ninetologymy
Instagram:@ninetologymy
Website:www.ninetology.com
38 total views, 10 views today
The post Ninetology Dan Qualcomm Bergabung Untuk Berkembang Ke Seluruh ASEAN. appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.