Quantcast
Channel: Dunia Farisya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Macam Mana Nak Dapat Straight A?

$
0
0

Macam Mana Nak Dapat Straight A? | 3 4 hari ni ramai yang inbox FA bertanyakan tips untuk dapat straight A.Bagi sahabat di FB mungkin sudah tahu kenapa.Tapi bagi para pembaca blog FA yang belum tahu boleh lihat gambar di bawah.

acik Macam Mana Nak Dapat Straight A?

Keputusan SPM 2013-Alif Amirul Ikhwan Hussin.SMAASZA Batu Burok

Ekoran dari gambar yang dimuat naik oleh FA tempoh hari menyebabkan inbox FB dibanjiri oleh mereka yang tidak putus-putus bertanyakan mengenai tips macam mana nak lulus dengan cemerlang.FA punya result SPM pun bukan sehebat adik FA ni.Tetapi alhamdulillah,tetap bersyukur dengan rezekinya.

acik1 Macam Mana Nak Dapat Straight A?

Senarai Pelajar Straight A

Rata-rata mereka yang inbox FA adalah golongan ibu bapa.Mereka teruja ingin mengetahui apakah rahsia adik FA sampai dia berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang ini.Ya.memang ada yang lebih cemerlang dari adik FA.Tapi bagi kami sekeluarga,keputusan SPM adik FA adalah yang terbaik setakat ini jika nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain.

Adik FA,Acik sedikitpun tidak keberatan untuk berkongsi tips untuk berjaya dalam SPM sepertimana yang telah diperoleh dia baru-baru ini.Antara tips yang boleh korang kongsikan atau gunakan adalah:

  • Niat yang betul untuk menuntut ilmu
  • Restu IbuBapa,Guru dan Kawan
  • Hafal Al-Quran
  • Study Group-Elakkan study group ‘waktu peperiksaan’
  • Sentiasa dapatkan rujukan dari guru
  • Kaedah Pendengaran yang aktif perlu dipraktikkan di dalam kelas
  • Simpan kesemua bahan rujukan yang diberi oleh guru-Jangan ambil mudah!
  • Bangun study sebelum Subuh
  • Tengok soalan-soalan peperiksaan tahun lepas
  • Buat Kuiz Spontan dengan kawan-kawan
  • Tengok balik kesilapan dalam kertas peperiksaan yang lepas-Learn from the mistake.
  • Buat Jadual Study!
  • Jangan lokek ilmu dengan rakan-rakan!
  • Amalkan prinsip Hari ini lebih baik dari semalam’ !
  • Perbanyakkan latihan-Bukan dalam bentuk penulisan semata-mata.Variasikan dan interaktifkannya.
  • Betulkan mindset-’Soalan ini senang!’

Banyak kan tips dia?Jujurnya memang banyak dan itulah yang diamalkan oleh adik FA.Nak berjaya bukan senang adik-adik.Kena banyak berkorban.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna.Sesungguhnya kejayaan itu sangat manis dan penat kita selama ini akan terbayar saat melihat keputusan peperiksaan .

Betul.Dan FA pernah merasainya sekali.Sekali sahaja,tetapi cukup bermakna dalam hidup.Jadi,boleh amalkan tips di atas.InsyaAllah kejayaan milik anda.

Mungkin anda ada sedikit tips tambahan yang boleh dikongsikan dengan pembaca diluar sana bagaimana untuk mencapai keputusan staright A dalam SPM?Kongsikan dengan meninggalkannya di ruangan komen di bawah.

ct Macam Mana Nak Dapat Straight A?

Solat Tiang Agama

NotaFA:Kejayaan itu manis biarpun usaha itu perit.

95 total views, 56 views today

The post Macam Mana Nak Dapat Straight A? appeared first on ♥Farisya Anastasyia♥.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 362